KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) — Kain Tenun Pahang Diraja menjadi pilihan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai persalinan baginda pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.

Kain tenun itu merupakan sentuhan rekaan yang diilhamkan baginda sendiri dan ia bertambah unik dan istimewa kerana tenunan khas tersebut adalah hasil kerja tangan penghuni Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima persembahan hasil kain tenunan tersebut di Istana Negara di sini, termasuk empat pasang tenunan khas sebagai persalinan Raja Permaisuri Agong pada istiadat pertabalan itu nanti.

~~~~~~~~~~~JOHORTIMES.MY~~~~~~~~~~~

hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES.MY DI TELEFON BIMBIT ANDA. TERIMA KASIH.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://www.youtube.com/channel/UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

#Dadah #Rasuah #Bomba #DailyNews #JohorDarulTa’zim #JohorSemasa #JohorTimes #JPJ #Malaysia #MaritimMalaysia #Pelancongan #Polis #Sukan #SultanJohor #Tentera #TunDrMahathir #Viral

(Visited 25 times, 1 visits today)

Leave a Reply