DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun di Mersing, hari ini (15 September).

Mohamad Fuzi, yang diiringi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Ketua Polis Johor, Dato’ Mohd Khalil Kader Mohd, tiba di Istana Flintstones pada jam 10.15 pagi.



Pertemuan bersama Tuanku Sultan Ibrahim berlangsung lebih sejam sebelum tetamu kehormat itu diraikan dalam satu majlis santapan ringan.

Baginda turut berkenan membawa rombongan tetamu melihat sekitar Istana Flintstones sebelum pulang.

This slideshow requires JavaScript.




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 127 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.