APLIKASI AR MAKMUR JOHOR (Apple & Android)

APLIKASI AR MAKMUR JOHOR (Apple & Android) *** App AR Makmur Johor kini di Telefon Apple & Android *** Download Aplikasi Augmented Reality AR Makmur Johor untuk pengguna telefon bimbit Android di Play Store. Pengguna telefon bimbit Apple pula di App Store. AR Makmur Johor by Zulkifly Ali, JohorTimes.myhttps://play.google.com/store/apps/details?id=com.iHumEnUTM.ARMakmurJohor AR Makmur Johor by Zulkifly Ali, […]
Untitled-3-5
0

CARUMAN SYER PEKERJA DIKURANGKAN MENJADI 9%

CARUMAN SYER PEKERJA DIKURANGKAN MENJADI 9% KUALA LUMPUR 291120 – Kadar caruman berkanun syer pekerja akan dikurangkan daripada 11 peratus kepada sembilan peratus bagi tahun 2021. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), berkata kadar caruman baharu ini terpakai untuk pekerja berusia di bawah 60 tahun yang wajib mencarum, namun bagi pekerja yang berumur 60 tahun ke […]
Untitled-2-10
0

PROGRAM UMNO, PKR BERTEMBUNG DALAM KAWASAN SAMA

PROGRAM UMNO, PKR BERTEMBUNG DALAM KAWASAN SAMA PASIR GUDANG 291120 – Program anjuran Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang bertembung dengan program Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang kebetulan kedua-duanya diadakan di Kampung Sungai Rinting D, di sini hari ini. Program Pemuda Bantu Rakyat anjuran pemuda bahagian itu adalah bagi memberikan bantuan kepada mangsa banjir […]
Untitled-1-13
0

16,300 PENDUDUK JALANI PKPB DI TONGKANG PECAH

16,300 PENDUDUK JALANI PKPB DI TONGKANG PECAH JOHOR BAHRU 291120 – Seramai 16,300 penduduk di kawasan Tongkang Pecah, Batu Pahat terlibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa esok hingga 13 Disember ini. Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R. Vidyananthan memberitahu, kawasan yang terlibat adalah Bandar Putera Indah, Lorong 7 hingga […]
Untitled-4-3
0

RM14 JUTA MAMPU BANTU, LONJAK PELANCONGAN JOHOR

RM14 JUTA MAMPU BANTU, LONJAK PELANCONGAN JOHOR JOHOR BAHRU 271120 – Peruntukan RM14 juta kepada Tourism Johor yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad dalam Belanjawan Johor 2021 semalam bakal memberi manfaat kepada para penggiat industri pelancongan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inisiatif tersebut […]
Untitled-6-3
0

DERITA AMIRA HIDAP LEUKEMIA

DERITA AMIRA HIDAP LEUKEMIA Oleh Faizal NazaruddinFoto: Ezreen A. Talip SENAI 271120 – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hakikat itu dirasai Mazila Abd. Ghafar, 38, selepas doktor mengesahkan anaknya, Nur Shahila Amira Mohd. Abdul Razak, menghidap leukemia Mazila mengakui tidak menyangka anaknya yang mesra dipanggil Amira berusia lima tahun menghidap penyakit tersebut bermula […]
Untitled-13
0

SULTAN JOHOR KURNIA BOT LAJU IMG KEPADA PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 2 MERSING

SULTAN JOHOR KURNIA BOT LAJU IMG KEPADA PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 2 MERSING DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan bot laju IMG kepada Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Mersing pada hari ini (27 November). Baginda Tuanku Sultan bertitah, pengurniaan bot laju enjin berkapasiti 900 kuasa kuda yang berkelengkapan penuh […]
Untitled-2-9
0

PRK GERIK, BUGAYA SERENTAK, 16 JANUARI 2021

PRK GERIK, BUGAYA SERENTAK, 16 JANUARI 2021 PUTRAJAYA 271120 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah diadakan secara serentak, pada 16 Januari 2021. Kedua-dua kerusi berkenaan kosong susulan kematian penyandangnya, Ahli Parlimen Gerik, Allahyarham Datuk Hasbullah Osman (Barisan Nasional) dan Ahli Dewan […]
Untitled-4-4
0

KLUSTER GEMILANG: 95 PEKERJA SYARIKAT LOGISTIK DISARING

KLUSTER GEMILANG: 95 PEKERJA SYARIKAT LOGISTIK DISARING JOHOR BAHRU 271120 – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menasihatkan semua syarikat yang berurusan dengan sebuah syarikat logistik di Tebrau, di sini supaya melakukan ujian saringan COVID-19. Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R. Vidyananthan berkata, proses itu perlu dilakukan terhadap pekerja mereka kerana Kluster Gemilang iaitu […]
Untitled-3-6
0

PENDAKWAH SELEBRITI DIDAKWA ROGOL GADIS

PENDAKWAH SELEBRITI DIDAKWA ROGOL GADIS SHAH ALAM 271120 – Seorang pendakwah selebriti yang didakwa merogol seorang gadis pada tahun lalu, ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan. Suspek berusia 25 tahun itu ditahan jam 11 malam selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin […]
Untitled-9-4
0

3 TERMASUK SEORANG DATUK DITAHAN TERLIBAT SINDIKET PENIPUAN PELABURAN

3 TERMASUK SEORANG DATUK DITAHAN TERLIBAT SINDIKET PENIPUAN PELABURAN Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU 261120 – Tiga lelaki termasuk seorang bergelar Datuk ditahan kerana disyaki terlibat dalam penipuan pelaburan tidak wujud, sindiket pelaburan Forex dan mata wang digital kriptodalam serbuan di Taman Sri Kluang, Kluang, kelmarin. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay […]
Untitled-6-4
0

MAYAT WARGA EMAS DITEMUI SELEPAS JATUH SUNGAI

MAYAT WARGA EMAS DITEMUI SELEPAS JATUH SUNGAI BATU PAHAT 261120 – Selepas hampir dua hari seorang lelaki warga emas hilang selepas terjatuh dalam Sungai Batu Pahat, mayatnya ditemukantersangkut pada sebatang pokok nipah hari ini. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Md Nor berkata, mayat AngChai […]
belanjawanjohor2021
0

BELANJAWAN JOHOR 2021 : BERDAYA TAHAN DEMI KEMAKMURAN

BELANJAWAN JOHOR 2021 : BERDAYA TAHAN DEMI KEMAKMURAN Saksikan pembentangan Belanjawan Johor 2021 oleh YAB Datuk Haji Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor pada 26 November 2020 jam 9.30 pagi secara langsung menerusi live streaming Facebook rasmi https://www.facebook.com/DatukHasniMohammad dan https://www.facebook.com/MakmurJohor01
1-7
0

4 TERIMA DARJAH KEBESARAN DARIPADA SULTAN IBRAHIM

4 TERIMA DARJAH KEBESARAN DARIPADA SULTAN IBRAHIM JOHOR BAHRU 221120 – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Dạtuk kepada empat individu. Majlis penganugerahan berlangsung di Istana Pasir Pelangi di sini bersempena ulang tahun hari […]
11-1
0

MN LEDANG BERI SUMBANGAN KEPADA MÂNGSA COVID-19

MN LEDANG BERI SUMBANGAN KEPADA MÂNGSA COVID-19 TANGKAK 211120 – Muafakat Nasional (MN) Ledang hari ini menziarahi 10 keluarga mangsa yang positif COVID-19 daripada Kluster Parit Kasan, iaitu satu daripada kluster baharu dan sedang aktif di Johor. Semua mangsa dan kontak rapat kluster berkenaan sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing di Kampung Kasan, Kampung Sengkang […]
Untitled-10
0

KEPUTUSAN YANG AMAT DINANTIKAN RAKYAT

KEPUTUSAN YANG AMAT DINANTIKAN RAKYAT JOHOR BAHRU 211120 – Kerajaan negeri mengalu-alukan keputusan kerajaan Persekutuan menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri termasuk Johor, kecuali bagi daerah Kota Tinggi dan Mersing. Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad menyifatkan keputusan itu pasti melegakan rakyat. Malah, menurut beliau, keputusan yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), […]
11-2
0

PKPB DI JOHOR, MELAKA, TERENGGANU DAN KEDAH DITAMATKAN ESOK

PKPB DI JOHOR, MELAKA, TERENGGANU DAN KEDAH DITAMATKAN ESOK KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor, Melaka, Kedah dan Terengganu ditamatkan esok, lebih awal berbanding 6 Disember depan seperti diumumkan sebelum ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun beberapa daerah seperti Kulim di Kedah, Kota Tinggi […]
1-6
0

HSA TUBUH JAWATANKUASA SIASAT PEGAWAI PERUBATAN MAKI PESAKIT

HSA TUBUH JAWATANKUASA SIASAT PEGAWAI PERUBATAN MAKI PESAKIT JOHOR BAHRU 201120 – Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan oleh Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi menyiasat dakwaan seorang pegawai perubatannya bersikap biadap dengan menghambur makian kepada pesakit dalam media sosial. Pengarah HSA, Dr. Mokhtar Pungut @ Ahmad berkata, pihaknya memandang serius perlakuan pegawai perubatan terbabit. Beliau yang juga […]
Untitled-8
0

JOHOR JANGKA DCA DILAKSANA DALAM MASA TERDEKAT

JOHOR JANGKA DCA DILAKSANA DALAM MASA TERDEKAT JOHOR BAHRU 201120 – Johor menjangkakan skim ketiga pembukaan sempadan Johor-Singapura iaitu Daily Commuting Arrangement (DCA), dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata ia berikutan negeri itu sudah mengemukakan prosedur operasi standard (SOP) khas DCA kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Katanya, beliau juga sudah […]
Untitled-7
0

KEPUTUSAN TAK BENAR KEDAI RUNCIT JUAL ARAK MUKTAMAD – ANNUAR

KEPUTUSAN TAK BENAR KEDAI RUNCIT JUAL ARAK MUKTAMAD – ANNUAR KUALA LUMPUR 201120 – Keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan kedai runcit menjual arak mulai Oktober 2021 adalah muktamad. Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam ciapan di laman Twitter. Kelmarin DBKL mengumumkan semua kedai runcit, kedai serbaneka […]
Untitled-5
0

40 TOKAN BEKAL DADAH KEPADA PELAJAR JOHOR

40 TOKAN BEKAL DADAH KEPADA PELAJAR JOHOR JOHOR BAHRU 201120 – Polis Johor mengesan 40 tokan dadah yang membekalkan bahan terlarang itu kepada pelajar sekolah di negeri ini. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata mereka dikesan melalui temu bual dengan 124 daripada 177 pelajar yang didapati positif dadah menerusi ujian air kencing […]
Untitled-2-5
0

BOMBA JOHOR SANITASI 2,271 LOKASI

BOMBA JOHOR SANITASI 2,271 LOKASI Foto: ihsan bomba JOHOR BAHRU 191120 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor melakukan kerja-kerja sanitasi awam di 2,271 lokasi di seluruh negeri sejak 27 Mac hingga semalam. Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Johor, Penguasa Bomba Khairul Hiysam Hamim berkata, proses berkenaan dilakukan di pelbagai tempat strategik dan tumpuan ramai, antaranya […]
Untitled-1-8
0

3 KEUTAMAAN APEC – MUHYIDDIN

3 KEUTAMAAN APEC – MUHYIDDIN KUALA LUMPUR 191120 – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan tiga keutamaan untuk dijadikan panduan oleh negara anggota gagasan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dalam menuju ke hadapan khususnya ketika dunia sedang berdepan penularan pandemik COVID-19. Menyampaikan ucaptama pada pembukaan Dialog CEO APEC 2020 secara maya di sini, hari ini, Perdana […]
Untitled-1-6
0

TUN M TAK NAK BERDEBAT DENGAN NAJIB

TUN M TAK NAK BERDEBAT DENGAN NAJIB KUALA LUMPUR 051120 – Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah menolak cabaran Datuk Seri Najib Razak yang mahu beliau berdebat dengannya. Menerusi Facebook, pengasas parti Pejuang itu memuat naik status dengan berkata, tiada sebab untuk beliau berdebat dengan Najib setelah segala tuduhan terhadapnya telah terbukti benar di mahkamah. Ahli […]
Untitled-2-1
0

PEMBERSIHAN 1,449 JALAN DI TIGA NEGERI DISERAH KEPADA JKR

PEMBERSIHAN 1,449 JALAN DI TIGA NEGERI DISERAH KEPADA JKR JOHOR BAHRU 181120 – SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menyerahkan perkhidmatan pembersihan jalan di beberapa jalan utama perbandaran di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan kepada Jabatan Kerja Raya sejak Januari lalu. Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, penyerahan itu melibatkan keseluruhan […]
Untitled-1-2
0

BEKAS PEMANDU VAN, 2 RAKAN DIDAKWA ROGOL, LIWAT SEORANG WANITA

BEKAS PEMANDU VAN, 2 RAKAN DIDAKWA ROGOL, LIWAT SEORANG WANITA JOHOR BAHRU – Seorang bekas pemandu van dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret, di sini hari ini atas enam pertuduhan, iaitu merogol, meliwat dan mencederakan mangsa selain gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri pada 12 dan 15 November lalu. Tertuduh S. Dinesh Kumar, 31, mengaku tidak […]
Untitled-1-1
0

PENDAPATAN ORANG ASLI TERTEJAS SEJAK PKP

PENDAPATAN ORANG ASLI TERTEJAS SEJAK PKP PASIR GUDANG – Persatuan Nelayan Orang Asli Kuala Masai berdepan masalah lambakan ikan dan hasil laut yang tidak terjual di Pasar Bayu, Tebrau di sini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Pengerusinya, Kelah Lah, 40, berkata, keadaan tersebut menjejaskan sumber pendapatan sampingan 77 nelayan Kampung Orang Asli Kuala Masai. […]
Untitled-1
0

PENUHI 12 SYARAT JIKA MAHU PEJUANG SOKONG – MUKHRIZ

PENUHI 12 SYARAT JIKA MAHU PEJUANG SOKONG – MUKHRIZ KUALA LUMPUR 181120 – Sebanyak 12 syarat diberi oleh Parti Pejuang (Pejuang) kepada kerjaaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya mahu parti itu menyokong Belanjawan 2021. Ahli Parlimen (Jerlun-Bebas), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ahli-ahli Parlimen yang menyertai Pejuang nekad untuk menolak Belanjawan 2021 sekiranya beberapa pindaan yang […]
Untitled-1-4
0

5 FAKTOR ISYTIHAR DARURAT DI BATU SAPI

5 FAKTOR ISYTIHAR DARURAT DI BATU SAPI KUALA LUMPUR 181120 – Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, perisytiharan Proklamasi Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi, Sabah bagi mengelak Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu, dibuat dengan mengambil kira lima faktor utama akibat penularan COVID-19. Perdana Menteri berkata, faktor pertama ialah ancaman terhadap kesihatan awam dengan mengambil […]
Untitled-1-3
0

TIGA DITAHAN TERLIBAT ROGOL, SEKS LUAR TABII

TIGA DITAHAN TERLIBAT ROGOL, SEKS LUAR TABII JOHOR BAHRU 171120 – Seorang wanita dirogol, diperlakukan seks luar tabii dan dipukul di sebuah rumah di Taman Perling di sini Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Wahid berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 4 pagi selepas mangsa dibawa ke sebuah rumah suspek yang […]
kwsp
0

AHLI TAK PERLU BAYAR BALIK PENDAHULUAN i-Sinar – @KWSPMalaysia

AHLI TAK PERLU BAYAR BALIK PENDAHULUAN i-Sinar – @KWSPMalaysia KUALA LUMPUR 171120 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menafikan maklumat yang tular menerusi media sosial bahawa ahli perlu membayar balik kemudahan pendahuluan i-Sinar daripada Akaun 1. Sebaliknya, KWSP memaklumkan amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 itu akan diganti semula dengan caruman ahli pada […]
2-2
0

RESTORAN TERKENAL MILIKI SIJIL HALAL JAKIM DISYAKI GUNA DAGING BABI

RESTORAN TERKENAL MILIKI SIJIL HALAL JAKIM DISYAKI GUNA DAGING BABI SHAH ALAM141120 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menyerbu sebuah restoran terkenal, di sini, semalam, kerana disyaki menggunakan bahan mentah tidak halal dalam mi kari yang dijual. Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah, berkata ia susulan tular rakaman video […]
1-34
0

TAK TIMBUL SOAL TAKUT MATI – DR. NOOR HISHAM

TAK TIMBUL SOAL TAKUT MATI – DR. NOOR HISHAM PUTRAJAYA 121120 – [DIKEMAS KINI] Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tidak timbul isu takut mati dalam melaksanakan tugasnya untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini. Mengulas dakwaan seorang Ahli Parlimen yang mempersoalkan beliau tidak turun padang ke Sabah, Dr Noor […]
12-1
0

LELAKI TERJATUH DARI BUMBUNG SELEPAS PECAH RUMAH

LELAKI TERJATUH DARI BUMBUNG SELEPAS PECAH RUMAH JOHOR BAHRU 101120 – Seorang lelaki yang memecah masuk sebuah rumah cedera selepas terjatuh dari bumbung di Jalan Bertam Taman Daya, di sini malam semalam. Dalam kejadian pukul 2 pagi, suspek berkenaan yang tidak berbaju terjatuh semasa cuba turun dari bumbung rumah tersebut di kawasan parkir sebelum ditahan […]
Datuk-Azhari-Daud2
0

MBJB BENAR AKTIVITI PERNIAGAAN IKUT WAKTU DITETAPKAN

MBJB BENAR AKTIVITI PERNIAGAAN IKUT WAKTU DITETAPKAN JOHOR BAHRU 101120 – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membenarkan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan pengangkutan awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan. Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Azhari Daud berkata, waktu operasi premis perniagaan dihadkan dan perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP), hanya hospital dan klinik […]
9-1
0

HENTI OPERASI JIKA LANGGAR SYARAT -AYUB

HENTI OPERASI JIKA LANGGAR SYARAT -AYUB JOHOR BAHRU 101120 – Kerajaan negeri membenarkan pasar tani, pasar malam, pasar pagi di seluruh negeri beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula semalam hingga 6 Disember ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil berkata, sekiranya peniaga tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan […]
6-1
0

TEKNOLOGI 4IR TINGKAT PROSES DIGITALISASI NEGARA

TEKNOLOGI 4IR TINGKAT PROSES DIGITALISASI NEGARA PUTRAJAYA 111120 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) bakal meningkatkan keupayaan negara dalam mengoptimumkan perkembangan teknologi 4IR dengan struktur tadbir urus bersepadu. Beliau berkata, penubuhan majlis itu turut memastikan pertumbuhan ekonomi digital sejajar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Agenda […]
5-1
0

KESALAHAN SEBAR, KONGSI KANDUNGAN LUCAH PALING TINGGI

KESALAHAN SEBAR, KONGSI KANDUNGAN LUCAH PALING TINGGI KUALA LUMPUR 111120 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudah mengambil tindakan terhadap 48 pertuduhan yang difailkan di mahkamah berkaitan penyalahgunaan media sosial, sepanjang Januari sehingga September lalu. Angka itu memperlihatkan peningkatan sebanyak 66 peratus, iaitu meningkat berbanding tahun lalu. Menurut SKMM, daripada jumlah itu, sebanyak 34 pertuduhan […]
4-1
0

TUKUN TIRUAN DILABUHKAN DI PULAU TINGGI

TUKUN TIRUAN DILABUHKAN DI PULAU TINGGI MERSING 111120 – Projek Tukun Tiruan Negeri Johor 2020 yang menelan kos RM435,000 dilabuhkan berhampiran Pulau Tinggi, di sini semalam. Pengarah Perikanan Negeri, Noraishah Hashim berkata, sebanyak 17 tukun jenis penghalang pukat tunda diletakkan di lokasi kira-kira dua batu nautika dari pulau tersebut. “Projek ini membantu dalam memastikan sumber […]
1-1
0

PEGAWAI TELCO RASUAH, BERSEKONGKOL SINDIKET TIPU SMS

PEGAWAI TELCO RASUAH, BERSEKONGKOL SINDIKET TIPU SMS PUTRAJAYA 111120 – Seorang pegawai syarikat telekomunikasi direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS).Ia susulan penahanan reman tiga pengarah syarikat semalam termasuk dua antaranya bergelar Datuk bagi kes yang sama. Menurut sumber, suspek disyaki menerima wang rasuah […]
3
0

JOHOR MESRA PELABUR, SEMUDAH ABC – @HASNI_JOHOR

JOHOR MESRA PELABUR, SEMUDAH ABC – @HASNI_JOHOR JOHOR BAHRU 011120 – Kerajaan negeri memberi jaminan akan mengurangkan karenah birokrasi bagi menarik lebih pelabur yang berhasrat membuka perniagaan di negeri itu dalam suasana normal baharu pendemik COVID-19 ketika ini. Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri akan memudahkan cara dan urusan pelaburan, khususnya dalam […]
5
0

JUDI DALAM TALIAN DI RUMAH SEWA TUMPAS

JUDI DALAM TALIAN DI RUMAH SEWA TUMPAS ISKANDAR PUTERI 011120 – Bahagian Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri menyerbu sebuah rumah di Taman Bukit Indah di sini semalam yang dijadikan pusat operasi bagi judi dalam talian. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam serbuan pada pukul 1 […]
6
0

EMPAT KLUSTER MASIH AKTIF DI JOHOR

EMPAT KLUSTER MASIH AKTIF DI JOHOR JOHOR BAHRU 011120 – Empat kluster baharu COVID-19 di negeri ini terus aktif dan menyumbangkan 66 kes sehingga semalam. Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R. Vidyananthan berkata, Kluster Meldrum menyumbang enam enam kes, Kluster Bayu (lapan kes), Kluster Kempas (42 kes) dan Kluster Rinting (10 kes). “Masyarakat […]
1-33
0

5 GENG CEPET DIBERKAS

5 GENG CEPET DIBERKAS ALOR SETAR 111120 – Tangkapan bersiri Geng Cepet yang membabitkan lima individu membawa penemuan rangka dan komponen motosikal curi di sekitar empat daerah di negeri ini, Pulau Pinang dan Selangor. Tangkapan dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dalam operasi Ops Lejang […]
11
0

LORI SWCORP TERBALIK, SEORANG MAUT, DUA CEDERA

LORI SWCORP TERBALIK, SEORANG MAUT, DUA CEDERA KOTA TINGGI 011120 – Seorang pekerja SWM Corp maut manakala dua lagi cedera selepas lori pengangkut sampah milik syarikat konsesi itu kemalangan di Sungai Sisek, Jalan Kota Tinggi-Bandar Tenggara, dekat sini hari ini. Dalam kejadian pukul 11.10 pagi, lori pengangkut sampah itu hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik […]
2-2
0

GANJARAN RM5,000 SALUR MAKLUMAT CEMAR SG. SELANGOR

GANJARAN RM5,000 SALUR MAKLUMAT CEMAR SG. SELANGOR KUALA LUMPUR 111120 – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat serta bukti pelaku yang menyebabkan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor. Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ganjaran ditawarkan selaras komitmen kerajaan dalam Belanjawan 2021 […]
14
0

NYARIS MAUT, SEMPAT SELAMATKAN DIRI IKUT PINTU BELAKANG

NYARIS MAUT, SEMPAT SELAMATKAN DIRI IKUT PINTU BELAKANG JOHOR BAHRU 021120 – Seorang pemilik syarikat perkhidmatan pembersihan dan keluarganya nyaris maut dalam kebakaran di rumahnya di Bandar Baru Kangkar Pulai, Skudai dekat sini malam tadi. Dalam kejadian pukul 3.31 pagi, lelaki berkenaan bersama-sama isteri, dua anak dan orang gajinya melarikan diri menerusi pintu belakang selepas […]
17
0

PAK ARAB ROGOL, LIWAT KENALAN WANITA DITAHAN

PAK ARAB ROGOL, LIWAT KENALAN WANITA DITAHAN PETALING JAYA 021120 – Seorang pemilik restoran makanan Arab berasal dari Asia Barat ditahan polis dipercayai merogol dan meliwat kenalan wanita yang baru dikenalinya di Ara Damansara di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata suspek yang berusia 31 tahun ditahan […]
18
0

DISINDIR TIDAK CANTIK, MISKIN MOTIF BUNUH?

DISINDIR TIDAK CANTIK, MISKIN MOTIF BUNUH? KUALA BERANG 031120 – Polis tidak menolak kemungkinan perasaan tidak puas hati akibat sering disindir, dipercayai menjadi punca pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata ia berikutan pendedahan suspek ketika […]
1-31
0

SUSPEK BUNUH POSITIF COVID-19, 60 POLIS IPD SEGAMAT DISARING

SUSPEK BUNUH POSITIF COVID-19, 60 POLIS IPD SEGAMAT DISARING JOHOR BAHRU 101120 – Seorang lelaki warga Myanmar yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bersabit kes bunuh disahkan positif COVID-19 hasil saringan semalam. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata susulan itu, seramai 60 pegawai dan anggota polis IPD Segamat […]
1-30
0

JOHOR SYOR PERLAKSANAAN PKPB BERSASAR

JOHOR SYOR PERLAKSANAAN PKPB BERSASAR JOHOR BAHRU 101120 – Kerajaan negeri mengesyorkan kepada kerajaan Pusat supaya perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor yang bermula semalam dilaksanakan secara bersasar. Menteri Besar, Datuk Hasni Mohamad berkata, perkara itu amat penting supaya perlaksanaannya tidak menjejaskan ekonomi dan aktiviti rakyat di kawasan yang mempunyai jangkitan rendah. Beliau […]
1-29
0

KEPUTUSAN TEPAT TUNDA SUKMA JOHOR 2020

KEPUTUSAN TEPAT TUNDA SUKMA JOHOR 2020 JOHOR BAHRU 091120 – Persekutuan Angkat Berat Malaysia menyokong penuh keputusa Majlis Tertinggi Sukan Malaysia pada hari ini yang menunda penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 pada tahun depan sebaliknya diadakan pada 2022. Presidennya, Datuk Ayub Rahmat berkata, keputusan itu tepat berdasarkan situasi semasa COVID-19 di negara ini yang […]
1-28
0

ELAUN EXCO, ADUN KELANTAN NAIK RM3,000 -RM5,00O

ELAUN EXCO, ADUN KELANTAN NAIK RM3,000 -RM5,00O KOTA BHARU 091120 – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, hari ini, sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Saraan Anggota Pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Negeri Pindaan 2020. RUU itu dicadangkan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, sebagai suatu enakmen dengan tiga kali bacaan. Ketika membentangkan […]
1-27
0

SUAMI PUN RAMAI JADI MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA – EXCO

SUAMI PUN RAMAI JADI MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA – EXCO SHAH ALAM 091120 – Lelaki dikenal pasti sebagai mangsa dalam 30 daripada sejumlah 254 kes keganasan rumah tangga direkodkan di Selangor sejak Januari hingga September lalu. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud, berkata jumlah kes terbabit […]
1-26
0

4 PENGARAH SYARIKAT PROSES KELAPA SAWIT DIDAKWA

4 PENGARAH SYARIKAT PROSES KELAPA SAWIT DIDAKWA SELAYANG 091120 – Empat pengarah syarikat pemproses minyak sawit terpakai didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan melepaskan bahan buangan ke dalam Sungai Kundang, Rawang, sekitar akhir bulan lalu. Tertuduh Ong Seng Khek, 71; Low Sze Wai, 66; Siow Lee Chen, 66 dan Ong Chee […]
1-25
0

JENAZAH MANGSA HELIKOPTER TERHEMPAS SELAMAT DIKEBUMIKAN

JENAZAH MANGSA HELIKOPTER TERHEMPAS SELAMAT DIKEBUMIKAN KUALA LUMPUR 091120 – Jenazah mangsa helikopter terhempas di Taman Melawati, Allahyarham Komander (B) Mohamed Sabri Baharom selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Batu Caves, hari ini. Jenazah Allahyarham Mohamed Sabri, 56, sebelum itu disolatkan di Masjid Khaled al Walid Jalan Padang Tembak. Dua mangsa yang terselamat […]
1-24
0

TAK JAMIN HARGA TIDAK NAIK MENJELANG DEEPAVALI

TAK JAMIN HARGA TIDAK NAIK MENJELANG DEEPAVALI JOHOR BAHRU 091120 – Bekalan keperluan semasa di negeri ini mencukupi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini. Walau bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. Chong Fat Full menegaskan tiada jaminan bahawa tidak berlaku kenaikan harga menjelang sambutan […]
1-23
0

ENAM BERANAK NYARIS RENTUNG DALAM KEBAKARAN

ENAM BERANAK NYARIS RENTUNG DALAM KEBAKARAN PONTIAN 091120 – Enam beranak nyaris rentung apabila rumah mereka di Kampung Sri Dungun, di sini musnah dalam kebakaran hari ini. Kebakaran pukul 6 pagi itu mengakibatkan lima buah rumah penduduk musnah, namun tidak mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa. Seorang mangsa, Sahar Othman, 56, berkata, ketika kejadian dia, isteri, […]
1-21
0

MPM BENAR OPERASI PERNIAGAAN IKUT WAKTU DITETAPKAN

MPM BENAR OPERASI PERNIAGAAN IKUT WAKTU DITETAPKAN MUAR 091120 – Majlis Perbandaran Muar (MPM) membenarkan aktiviti perniagaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tetapi harus mengikut masa yang ditetapkan termasuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP). MPM dalam satu kenyataan memberitahu, perniagaan pasar awam milik MPM dan pasar awam persendirian dibenarkan beroperasi dari jam 6 […]
1-20
0

REMAN SUSPEK BUNUH SITI NUR SURYA DISAMBUNG 7 HARI

REMAN SUSPEK BUNUH SITI NUR SURYA DISAMBUNG 7 HARI MARANG 091120 – Perintah reman terhadap pelajar Tingkatan Enam disyaki terbabit kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, disambung tujuh hari lagi hingga Isnin depan. Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan perintah reman terhadap suspek perempuan berusia 19 tahun itu disambung bagi membantu siasatan mengikut Seksyen […]
1-3
0

MOHON BPN SELEWAT-LEWATNYA 15 NOV 2020

MOHON BPN SELEWAT-LEWATNYA 15 NOV 2020 KUALA LUMPUR 091120 – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meminta orang ramai bukan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 sebelum ini dan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan, supaya memohon BPN 2.0 selewat-lewatnya 15 November ini. LHDN dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan pembayaran bagi permohonan baharu yang lulus akan dilakukan […]
1-19
0

TUTUP SAAT AKHIR SUKARKAN SEMUA PIHAK – MASZLEE

TUTUP SAAT AKHIR SUKARKAN SEMUA PIHAK – MASZLEE SHAH ALAM 091120 – Pengumuman saat akhir Kementerian Pendidikan berhubung penutupan sesi persekolahan dilihat menyukarkan semua pihak termasuk ibu bapa kerana keputusan itu gagal mengambil kira pelbagai aspek sebelum diumumkan. Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata, pelbagai persoalan tercetus susulan langkah tersebut apabila situasi bakal […]
7
0

JANGAN PANIK, BARANG KEPERLUAN CUKUP DI JOHOR

JANGAN PANIK, BARANG KEPERLUAN CUKUP DI JOHOR JOHOR BAHRU 081120 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor memberi jaminan semua barang keperluan di negeri ini cukup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Justeru Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, orang ramai tidak perlu bimbang atau membuat pembelian panik. […]
6-5
0

CEROBOH PERAIRAN, MARITIM USIR BOT NELAYAN INDONESIA

CEROBOH PERAIRAN, MARITIM USIR BOT NELAYAN INDONESIA BATU PAHAT 081120 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor mengusir sebuah bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara pada kedudukan 14.8 batu barat daya Tanjung Labuh di sini semalam. Kehadiran bot dengan 28 kru itu dikesan Bot Benteng Zon Maritim Batu Pahat pada pukul 5 petang […]
5-5
0

SPM, STAM PADA 22 FEB 2021

SPM, STAM PADA 22 FEB 2021 KUALA LUMPUR 081120 – Kementerian Pendidikan meminda tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kepada 22 Februari depan. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula dianjak ke 8 Mac 2021. Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, berkata perincian mengenai […]
4-2
0

HELIKOPTER TERHEMPAS, 2 MAUT

HELIKOPTER TERHEMPAS, 2 MAUT KUALA LUMPUR 081120 – Sebuah helikopter terhempas di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati, pagi ini. Setakat ini, dua dipercayai terkorban dalam nahas berkenaan yang dipercayai berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi, bagaimanapun maklumat sahih belum diperoleh. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha ketika dihubungi […]
3-2
0

RUNTUHAN BATU KAPUR MACAM GEMPA BUMI

RUNTUHAN BATU KAPUR MACAM GEMPA BUMI KUALA LIPIS 081120 – “Bunyi dentuman kuat daripada runtuhan batu kapur runtuh berlaku seperti gempa bumi kecil dan menggegarkan rumah kami,” kata seorang penduduk, Zulkifli Zakaria, 54, di Kampung Kubang Rusa, Merapoh, dekat sini. Kejadian jam 5 pagi semalam itu, beliau berkata menyebabkan mereka lima beranak bersama 400 penduduk […]
2-13
0

BIDEN PRESIDEN AMERIKA KE-46

BIDEN PRESIDEN AMERIKA KE-46 Amerika Syarikat 081120 – CALON Demokrat, Joe Biden sah Presiden Amerika Syarikat ke-46 selepas berjaya memperoleh lebih 270 undi elektoral sekaligus menamatkan kepimpinan Donald Trump di negara kuasa besar itu. Trump dari parti Republikan meraih 214 undi dan yang terakhir 20 undi elektoral diperoleh dari Pennsylvania. Laman Twitter dihujani berita kemenangan […]
1-16
0

PEMANDU MAUT DIHEMPAP KERETA SENDIRI

PEMANDU MAUT DIHEMPAP KERETA SENDIRI TELUK INTAN 081120 – Lelaki maut selepas dihempap kereta dipandunya yang terbalik dalam kemalangan di Batu 11, Jalan Changkat Jong, di sini, hari ini. Difahamkan, Proton Wira dipandu R Darma Raja, 24, terbabas sebelum terbalik ke dalam parit dan menghempap mangsa yang tercampak keluar dari kenderaan. Kejadian itu turut menyebabkan […]
1-18
0

SEMUA 968 INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DITUTUP DI JOHOR

SEMUA 968 INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DITUTUP DI JOHOR JOHOR BAHRU 081120 – Kerajaan negeri mengarahkan semua 968 institusi pendidikan Islam kerajaan dan swasta ditutup bermula esok hingga ke hari akhir persekolahan pada 17 Disember ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, semua institusi tersebut dikendalikan di bawah Jabatan Bahagian Pendidikan Islam […]
1-17
0

TRELER MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KILANG

TRELER MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KILANG MERSING 081120 – Sebuah treler yang baru sahaja menurunkan barang tiba-tiba terbakar di Kilang QL, Jalan Tanjung Merit, Endau di sini malam tadi. Kejadian pada pukul 9.44 malam itu disedari pengawal keselamatan yang terlihat treler tersebut sedang mengeluarkan asap dan terbakar. Seramai 15 ahli Pasukan Emergency Respond Team (ERT) […]
1-15
0

BALAS JASA STAF KESIHATAN DENGAN PATUHI SOP – KPN

BALAS JASA STAF KESIHATAN DENGAN PATUHI SOP – KPN KUALA LUMPUR 071120 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, merayu masyarakat di negara ini untuk benar-benar memahami pengorbanan setiap kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM). Beliau berkata, langkah paling tepat untuk masyarakat membalas jasa dan bakti warga KKM adalah dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) […]
1-14
0

BENAR LEBIH RAMAI KELUAR @KWSPMalaysia

BENAR LEBIH RAMAI KELUAR @KWSPMalaysia KUALA LUMPUR 071120 – Kerajaan wajar mempertimbangkan lebih banyak kategori pencarum yang dibenarkan mengeluarkan simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu mereka ketika pandemik COVID-19. Ia akan membantu lebih ramai rakyat terutama mereka yang miskin bandar serta tidak membebankan kewangan negara. Penganalisis Ekonomi, Putra Business School, Universiti […]
2-11
0

AMAT BERAT NAK LULUSKAN PENGELUARAN KWSP – PM

AMAT BERAT NAK LULUSKAN PENGELUARAN KWSP – PM KUALA LUMPUR 071120 – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan pada mulanya amat berat hati meluluskan pengeluaran Akaun Satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimanapun, katanya, kelonggaran diberikan kepada golongan sasar, memandangkan situasi semasa segelintir rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 amat teruk. “Bukan soal tak nak […]
5-4
0

PKPB DIPERLUAS SEBELUM PARAH – PM

PKPB DIPERLUAS SEBELUM PARAH – PM KUALA LUMPUR 071120 – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang selama empat minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember ini diputuskan kerana pendekatan lebih tegas dan berani mesti diambil sebelum keadaan menjadi lebih parah. Perdana Menteri, Tan Sri […]
4-4
0

LIMA PELAJAR DITAHAN PUKUL JUNIOR

LIMA PELAJAR DITAHAN PUKUL JUNIOR KLUANG 071120 – Polis menahan lima pelajar lelaki yang kesemuanya berusia 16 tahun semalam kerana dipercayai terlibat dengan satu pergaduhan di sebuah sekolah berasrama di daerah ini. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, semua remaja tersebut ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah […]
3-4
0

PROSES SARINGAN 1,803 DALAM, LUAR ILKKM

PROSES SARINGAN 1,803 DALAM, LUAR ILKKM JOHOR BAHRU 061120 – Seramai 1,291 penghuni dalam Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) sudah disaring setakat ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, selain itu 512 orang di luar ILKKMJB juga dilaukan saringan. “Proses saringan luar dan dalam itu bagi memastikan Kluster Kempas yang […]
1-12
0

HASNI: BELANJAWAN PACU PEMULIHAN EKONOMI NEGARA

HASNI: BELANJAWAN PACU PEMULIHAN EKONOMI NEGARA JOHOR BAHRU 061120 – Kerajaan negeri amat berbesar hati dengan peruntukan dalam Belanjawan 2021 untuk Johor yang bertujuan menjana peluang pekerjaan dan memacu pemulihan ekonomi menjelang 2021. Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, antaranya insentif RM100 juta kepada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) untuk program melengkapkan kemahiran […]
1-11
0

KANAK-KANAK PEREMPUAN BONCENG MOTOSIKAL BAPA MAUT

KANAK-KANAK PEREMPUAN BONCENG MOTOSIKAL BAPA MAUT KLUANG 061120 – Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas motosikal bapanya dilanggar sebuah kereta berhampiran Bulatan Batu Pahat, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, kejadian pukul 11.51 pagi, mangsa, Nur Syafiah Munirah Zulnawarin, 7, yang membonceng dan ayahnya, Zulnawarin Sarman, 49, yang […]
1-2
0

BANTUAN KHAS RM600, RM300 UNTUK PESARA

BANTUAN KHAS RM600, RM300 UNTUK PESARA KUALA LUMPUR 061120 – Bantuan Khas Kewangan bernilai RM600 akan diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 ke bawah. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ia bagi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam, dengan pembayaran dibuat awal tahun depan, “Bantuan Khas Kewangan bernilai RM300 pula […]
1-1
0

EMPAT CHALET DI PULAU AUR TERBAKAR

EMPAT CHALET DI PULAU AUR TERBAKAR MERSING 061120 – Empat buah chalet di Pulau Aur dekat sini musnah dalam satu kebakaran semalam. Kejadian pada pukul 1.28 tengah hari itu tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana ketika itu tiada penghuni. Penduduk kampung pulau itu berusaha memadam dan mengawal kebakaran mengunakan alat pemadam api dan air […]
Untitled-2-4
0

RAMPAS ROKOK ‘DALAM’ PINTU – @KastamMalaysia

RAMPAS ROKOK ‘DALAM’ PINTU – @KastamMalaysia Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU 051120 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mematahkan cubaan menyeludup 620 karton rokok seludup yang disembunyikan dalam 10 pintu di sebuah premis syarikat penghantaran di Kempas Lama, di sini pada 21 Oktober lalu. Pengarah JKDM Johor, Sazali Mohamad berkata, dalam pẻmeriksaan pada […]
j
0

NASIR KURANG SETUJU DENGAN TMJ

NASIR KURANG SETUJU DENGAN TMJ KUALA LUMPUR 051120 – Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail menjelaskan tidak salah untuk kelab bola sepak menerima suntikan dana daripada kerajaan negeri ketika masih dalam proses awal peralihan kepada penswastaan. Justeru, beliau kurang bersetuju dengan kenyataan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang […]
1-10
0

BENGKEL, 2 KERETA MUSNAH DALAM KEBAKARAN

BENGKEL, 2 KERETA MUSNAH DALAM KEBAKARAN TANGKAK 051120 – Sebuah bengkel dan dua kereta musnah dalam satu kebakaran di Taman Sri Tangkak di sini malam tadi. Kejadian pada pukul 9.20 malam di bengel dua tingkat itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. Seramai 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak dengan sebuah […]
2-8
0

KELINDAN MAUT, PEMANDU PARAH DALAM KEMALANGAN

KELINDAN MAUT, PEMANDU PARAH DALAM KEMALANGAN TANGKAK 051120 – Kelindan lori Isuzu tiga tan maut selepas merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 149.2, Lebuhraya Utara-Selatan, arah Selatan, Bukit Gambir di sini hari ini. Kemalangan pada pukul 6.43 pagi itu mengakibatkan kelindan lori, Mohd. Amirul Shazwan Arsyad, 21, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandunya, Mohd. […]
1-9
0

RM2.5 JUTA ROKOK SELUDUP DIRAMPAS

RM2.5 JUTA ROKOK SELUDUP DIRAMPAS JOHOR BAHRU 051120 – Polis menahan dua lelaki dan merampas 8,500 karton rokok seludup serta dua kereta mewah semuanya dianggarkan bernilai RM2.5 juta dalam satu serbuan di Taman Tasek Indah, Kluang, kelmarin. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, anggota Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) melakukan serbuan […]
1-8
0

@KastamMalaysia RAMPAS 5 KERETA DISUMBAT DALAM KONTENA

@KastamMalaysia RAMPAS 5 KERETA DISUMBAT DALAM KONTENA JOHOR BAHRU 051120 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas lima kêreta dalam sebuah kontena di depoh di Jalan Emas 3, Pasir Gudang, dekat sini pada 21 Oktober lalu. Pengarah JKDM Johor, Sazali Mohamad berkata, pemeriksaan pada pukul 6.30 petang dalam kontena bersaiz 40 kaki itu menemukan […]
7-2
0

CUBAAN SELUDUP BURUNG MURAI KE INDONESIA GAGAL

CUBAAN SELUDUP BURUNG MURAI KE INDONESIA GAGAL KOTA TINGGI 041120 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Pengerang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar burung murai ke negara jiran di perairan Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang, dekat sini semalam. Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, sebelum itu anggotanya melakukan rondaan dengan bot […]
6-3
0

JOHOR CATAT PENURUNAN KES DENGGI

JOHOR CATAT PENURUNAN KES DENGGI JOHOR BAHRU 041120 – Kes denggi di Johor menurun pada minggu ini yang mencatat 193 kes berbanding 208 kes pada minggu lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, statistik itu menunjukkan pengurangan sebanyak 7.2 peratus. “Sebanyak 99 kes pada minggu ini dicatatkan di kawasan lokaliti wabak […]
4-3
0

BAJET 2021 UNTUK KEMAKMURAN, PULIH EKONOMI – PM

BAJET 2021 UNTUK KEMAKMURAN, PULIH EKONOMI – PM PUTRAJAYA 041120 – Kerajaan dijangka membentangkan belanjawan pengembangan bagi memastikan kemakmuran rakyat, kelangsungan perniagaan dan daya tahan ekonomi dalam waktu yang mencabar ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Fokus pertama kerajaan dalam Belanjawan 2021 ialah memerangi COVID-19, daripada perspektif kesihatan dan sehubungan itu, sejumlah besar […]
3-2
0

HARGA VAKSIN COVAX LEBIH RM80

HARGA VAKSIN COVAX LEBIH RM80 KUALA LUMPUR 041120 – Harga maksimum yang ditawarkan kepada Malaysia menerusi pelan peruntukan vaksin COVID-19 global, COVAX ketika ini adalah AS$21 (RM87.60) bagi setiap satu vaksin. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, ketika mengumumkan perkara itu berkata rundingan dengan COVAX mengenai proses perolehan vaksin kini berada di peringkat terakhir. […]
2-4
0

PEMUDA ROGOL, LIWAT BEKAS TEMAN WANITA

PEMUDA ROGOL, LIWAT BEKAS TEMAN WANITA KLANG 041120 – Hanya semata-mata ingin memuaskan nafsu, seorang lelaki sanggup mencari bekas teman wanitanya dan bertindak merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa di rumah sewanya pada Jumaat lalu. Malah, mangsa berusia 21 tahun yang merupakan pekerja sebuah pasar raya di daerah ini telah diugut bekas teman […]
g
0

PENUNGGANG MAUT DALAM KEMALANGAN

PENUNGGANG MAUT DALAM KEMALANGAN PASIR GUDANG 041120 – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terlibat kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang, di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 9.26 pagi, Muhamad Padli Sulaiman, 26, yang menunggang jenis Honda Wave Ultimo X meninggal dunia manakala pemanduProton Saga, P Pardave Singh, 27, cedera. Kemalangan berhampiran sebuah […]
i
0

SEORANG MAUT MOTOSIKAL ‘PANJAT’ KANCIL

SEORANG MAUT MOTOSIKAL ‘PANJAT’ KANCIL TANGKAK 041120 – Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas terlibat kemalangan di hadapan Kilang Living Nature di sini hari ini. Dalam kejadian jam 2.41 petang, Ahmad Zakwan Mohamed, 36, yang menunggang motosikal jenis Honda meninggal dunia selepas berlanggardengan sebuah kereta Perodua Kancil. Penumpang hadapan kereta tersebut, seorang lelaki dewasa […]
a111-13
0

SEORANG ANGGOTA POLIS MAUT, RAKAN PARAH MPV BERLANGGAR DENGAN PERODUA ARUZ

SEORANG ANGGOTA POLIS MAUT, RAKAN PARAH MPV BERLANGGAR DENGAN PERODUA ARUZ JOHOR BAHRU 011120 -Seorang anggota polis maut manakala rakan setugas cedera parah apabila kereta peronda mereka naiki berlanggar dengan kenderaan lain di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, di sini pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful […]
a111-12
0

15 MANGSA BANJIR KILAT DIPINDAHKAN KE PPS

15 MANGSA BANJIR KILAT DIPINDAHKAN KE PPS KOTA TINGGI 301020 – Hujan lebat selama beberapa jam mengakibatkan banjir kilat di Kampung Bukit Raja, Pengerang dekat sini hari ini. Banjir kilat yang berlaku kira-kira pukul 4 petang mengakibatkan air naik setinggi satu kaki mengakibatkan beberapa rumah terjejas. Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]
a111-11
0

LEBIH 800 RIBU HILANG KERJA

LEBIH 800 RIBU HILANG KERJA KUALA LUMPUR 301020 – Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan sejak negara dilanda pandemik COVID-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, kerajaan sedar ramai rakyat yang sedang menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penularan COVID-19. “Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup. Lebih 800,000 orang telah kehilangan pekerjaan. Saya mendengar […]
a111-10
0

620 PEMANDU DITAHAN DALAM 321 OPS MABUK

620 PEMANDU DITAHAN DALAM 321 OPS MABUK JOHOR BAHRU 301020 – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor menahan 620 pesalah menerusi 321 Ops Mabuk di seluruh Johor sejak awal Januari hingga 22 Oktober lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu, mereka yang ditahan itu berusia antara 22 hingga 64 tahun terdiri […]