MELAKA, 7 Jun (Bernama) — Sekiranya negeri Perlis terkenal dengan mangga Harumanis, negeri Melaka tidak kurang hebatnya apabila diperkenalkan varian mangga dari negeri ini iaitu Melaka Delite yang menjadi kegemaran rakyat serta pelancong ke negeri bersejarah ini.

Peniaga Mangga Melaka Delite, Fatimah Md Isa, 67, yang menguruskan perniagaan di gerai yang terletak di Kampung Gelam, Tanjung Kling di sini berkata projek penanaman mangga varian Chokanan MA224 itu mula dilaksanakan sekitar tahun 2000 di negeri ini.

Beliau berkata apa yang membezakan Melaka Delite dengan mangga varian lain ialah warna kuning buahnya berbeza serta isinya yang lebih manis dan berair apabila masak berbanding mangga varian lain.

“Dengan isi yang manis dan lebih berair, Melaka Delite ini selain dimakan begitu sahaja juga sesuai dibuat jus, ada juga usahawan yang membuat makanan seperti jeruk, halwa, rojak dan yogurt daripada mangga ini. Kanak-kanak paling suka Melaka Delite kerana rasanya yang lebih manis.

“Orang Melaka nak cari Melaka Delite memang mereka tau kena datang ke Kampung Gelam ini kerana ramai penduduk di kawasan ini dan sekitarnya terlibat dengan penanaman Melaka Delite,” katanya kepada Bernama.

Kampung Gelam serta kawasan sekitar yang sebelum ini adalah tanaman padi terbiar, adalah kawasan utama Melaka Delite di negeri ini dengan seluas 139 hektar diusahakan kira-kira 100 penduduk kampung sejak tahun 2000, melibatkan lebih 30,000 pokok mangga Melaka Delite.

Dengan penjagaan yang betul pokok mangga Melaka Delite mampu berbuah seawal tiga tahun dengan purata 70 biji buah sepokok, dan ketika mencapai usia sekitar tujuh tahun ia mampu mengeluarkan sekitar 300 biji buah sepokok.

Fatimah berkata dengan penjagaan yang betul juga buah mangga Melaka Delite mampu mencecah berat lebih 400 gram sebiji, namun harga buah itu agak meningkat pada masa ini kepada sekitar RM6 hingga RM8 sekilogram berbanding RM10 untuk tiga kilogram pada awal penanamannya.

~~~~~~~~~~~JOHORTIMES.MY~~~~~~~~~~~

hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES.MY DI TELEFON BIMBIT ANDA. TERIMA KASIH.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

#Dadah #Rasuah #Bomba #DailyNews #JohorDarulTa’zim #JohorSemasa #JohorTimes #JPJ #Malaysia #MaritimMalaysia #Pelancongan #Polis #Sukan #SultanJohor #Tentera #TunDrMahathir #Viral

(Visited 23 times, 1 visits today)

Leave a Reply