Terima kasih JohorTimes.my menyediakan #AduanRakyat.

Saya ingin mengadu kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, terlalu ramai pengguna jalanraya seperti hilang akal semasa mengendalikan mesin pengangkutan mereka.

Semasa hendak ke rumah ibubapa untuk berbuka puasa, 2 perkara berlaku di hadapan mata saya.



1. Ada seorang pemandu kereta bangsa cina memotong kereta di garisan berkembar di simpang empat berlampu isyarat.

2. Ada seorang pemandu kereta bangsa melayu yang memotong barisan kereta dari kiri di simpang lampu isyarat.

Kedua-dua kejadian ini membayangkan tiada monopoli bangsa yang biadap semasa menguruskan kenderaan yang dipandu.

Apakah yang berada di dalam otak pengguna jalanraya ini? Di dalam agama Islam telah dinyatakan sejak dahulu kala ketika bermula bulan Ramadhan, ke semua syaitan di rantai. Di dalam 2 kejadian tadi, tak mungkin syaitan yang membisikkan cara biadap ketika memandu kenderaan. Syaitan sedang di rantai, yang tidak sedar dan tidak di rantai ialah manusia di dalam kedua-dua kereta.

Apabila dikhabarkan syaitan di rantai sepanjang bulan Ramadhan, siapa pula yang menjadi syaitan di dalam kedua-dua kejadian tadi?

JohorTimes – Jangan amalkan memberi alasan untuk membenarkan apa jua kelakuan diri sendiri. Undang-undang jangan dilanggar, nanti @PDRM dan @JPJ akan ‘langgar’ anda dengan undang-undang Malaysia.

~~~~~~~~~~~JOHORTIMES.MY~~~~~~~~~~~

hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN DI JOHORTIMES.MY SEMASA MELAYARI LAMAN INI DI TELEFON BIMBIT ANDA. TERIMA KASIH.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

#Dadah #Rasuah #Bomba #DailyNews #JohorDarulTa’zim #JohorSemasa #JohorTimes #Malaysia #MaritimMalaysia #Pelancongan #Polis #Sukan #SultanJohor #Tentera #TunDrMahathir #Viral

(Visited 36 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.