APLIKASI AR MAKMUR JOHOR (Apple & Android)

APLIKASI AR MAKMUR JOHOR (Apple & Android) *** App AR Makmur Johor kini berada di Telefon Apple & Android *** Download Aplikasi Augmented Reality AR Makmur Johor untuk pengguna telefon bimbit Android di Play Store. Pengguna telefon bimbit Apple pula perlu menantikan Aplikasi ini diterbitkan di dalam App Store sedikit masa lagi. Bagi pengguna telefon […]

#SOULofJOHOR – 16 STAF PELABUHAN BEIRUT DITAHAN

BEIRUT: Enam belas kakitangan di pelabuhan Beirut, lokasi letupan besar, telah ditahan berhubung letupan maut yang menghancurkan sebahagian besar bandar, kata seorang pendakwa raya tentera, semalam. Pihak berkuasa Lubnan telah mengumumkan mengenai siasatan terhadap letupan pada Selasa itu, yang mereka katakan disebabkan oleh api yang menyalakan 2,750 tan ammonia nitrat yang disimpan di sebuah gudang di […]

6 LELAKI DIDAKWA BERGADUH, MERUSUH

JOHOR BAHRU – Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini hari ini atas tuduhan bergaduh dan merusuh di sebuah kedai makan di Forest City, Gelang Patah pada 23 Ogos lalu. Empat daripada mereka, iaitu M. Tishan dan K. Shakty masing-masing berusia 19 tahun, G. Yoganathan, 31, dan G. Suresnayar, 30, tidak mengaku […]

ADUN PERMAS NAFI SERTAI PH

ADUN PERMAS NAFI SERTAI PH Oleh Abu Hanifah Muhamad PASIR GUDANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd. Salleh menafikan beliau menyertai Pakatan Harapan (PH). Beliau turut menafikan akan mengikut Datuk Osman Sapian sekiranya bekas Menteri Besar Johor itu melompat parti dan menyokong PH. Sebagai ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu […]

JEFRIDIN DIPILIH SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA

JEFRIDIN DIPILIH SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA KOTA ISKANDAR – Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sebagai Ahli Dewan Negara. Persetujuan dibuat selepas usul memilih beliau dicadangkan Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad pada persidangan DUN Johor Ke-14, di sini. Pemilihan berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 1(2) Jadual […]

KEPUTUSAN PRN SABAH TAK WAJAR JADI PENENTU PRU-15

KEPUTUSAN PRN SABAH TAK WAJAR JADI PENENTU PRU-15 Oleh Abu Hanifah Muhamad PASIR GÙDANG – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada bulan ini tidak wajar đijadikan penentu untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sama ada menang atau kalah, kêputusan PRN tersebut tidak harus đijadikan […]

PROGRAM WORLD CLEANUP DAY 2020 : 6,474 KILOGRAM DIBERSIHKAN

PROGRAM WORLD CLEANUP DAY 2020 : 6,474 KILOGRAM DIBERSIHKAN ISKANDAR PUTERI – SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaksanakan pengauditan sisa ke atas 6,474.68 kilogram sisa pepejal. Sisa berkenaan dibersihkan sempena program World Cleanup Day 2020 di 11 lokasi di negeri ini antaranya di Pantai […]

KPDNHEP JOHOR RAMPAS 1,700 BARANG TIRUAN

KPDNHEP JOHOR RAMPAS 1,700 BARANG TIRUAN JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor merampas 1,700 barangan tiruan bernilaiRM64,662 dalam operasi berasingan yang berlangsung selama tiga hari di Johor Bahru, Segamat dan Kluang. KPDNHEP Johor dalam kenyataan memberitahu, operasi membabitkan lapan premis di tiga daerah berkenaan dijalankan setelah mereka didapatimenjual […]

ISU SEMPADAN SENTIASA, TERUS DIBINCANGKAN – TOK PA

ISU SEMPADAN SENTIASA, TERUS DIBINCANGKAN – TOK PA JOHOR BAHRU – Kerajaan tetap meneruskan perbincangan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura walaupun kes COVID-19 di negara ini meningkat sejak beberapa hari lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamad berkata, usaha itu perlu diambil kerana penutupan sempadan memberi kesan terhadap ekonomi negara terutamanya Johor. “Kita […]
111
0

4 TERSELAMAT, TOYOTA HARRIER TERBAKAR

4 TERSELAMAT, TOYOTA HARRIER TERBAKAR KLUANG 101020 – Seorang pemandu dan tiga penumpang terselamat selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Harrier dinaiki terlibat kemalangan sebelum terbakar di Kampung MIC, Jalan Batu Pahat-Kluang di sini hari ini. Kejadian pukul 7.36 pagi itu mengakibatkan Toyota Harrier berkenaan terbakar selepas belanggar dengan sebuah Toyota Fortuner. Pemandu Toyota Harrier, […]
111-86
0

PEKERJA MALAYSIA DI SINGAPURA TERJUN APARTMENT AKIBAT KEMURUNGAN

PEKERJA MALAYSIA DI SINGAPURA TERJUN APARTMENT AKIBAT KEMURUNGAN JOHOR BAHARU – Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terjun dari tingkat lapan sebuah apartmen di republik tersebut kelmarin. Lelaki berusia 30-an itu dipercayai mengalami kemurungan disebabkan masalah kerja di samping merindui anak dan isterinya selepas terkandas di Singapura sejak Mac lalu. Menurut seorang pekerja Malaysia […]
111-117
0

LELAKI BANGLADESH CEDERA DILIBAS PARANG

LELAKI BANGLADESH CEDERA DILIBAS PARANG JOHOR BAHRU – Enam sahabat warga Bangladesh nyaris menjadi mangsa rompakan di rumah sewanya di Taman Delima, di sini Jumaat lalu. Dalam kejadian pukul 5.50 pagi, seorang daripada mereka yang sedang tidur terdengar bunyi sebelum melakukan pemeriksaan. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, […]

AHLI PAS DILANTIK AHLI MAJLIS DI 16 PBT JOHOR

JOHOR BAHRU – Ahli-ahli Pas akan dilantik sebagai Ahli Majlis di kesemua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini. Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, mereka akan bersama-sama wakil UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan turut mengisi kekosongan jawatan Ahli Majlis berkenaan. “Pelantikan ini membuktikan kerjasama UMNO dan Pas negeri menerusi Muafakat […]

CADANGAN NAIKKAN KADAR KOMPAUN DIPERHALUSI

CADANGAN NAIKKAN KADAR KOMPAUN DIPERHALUSI Oleh Abu Hanifah Muhamad KOTA TINGGI – Cadangan menaikkan kadar kompaunkesalahan melanggar Presedur Operasi Standard (SOP) akan diperhalusi selepas mendapat pandangan dan maklum balas masyarkat. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 perlu dipinda terlebih dahulu bagi merealisaikan cadangan […]

5 ADUN BERSATU IKRAR SETIA BERSAMA PN

5 ADUN BERSATU IKRAR SETIA BERSAMA PN Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU – Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berikrar setia menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor pimpinan Datuk Ir. Hasni Mohammad. Ikrar taat setia itu dizahirkan oleh ADUN Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd. Salleh; ADUN Sedili, […]

VAN KESELAMATAN BAWA WANG LANGGAR TIANG

VAN KESELAMATAN BAWA WANG LANGGAR TIANG Gambar: ihsan bomba KOTA TINGGI – Tiga pekerja syarikat keselamatan cedera selepas van yang dinaiki terbabas dan melanggar sebatang tiang lampu di Jalan Mersing, dekat sini hari ini. Dalam kejadian pukul 1.59 petang, pemandunya, Sarbini Waribab, 64, dan dua penumpang, Mohd. Arshad Hassan, 52, serta Abdul Azizi Abdullah, 35, […]

2 MAYAT DITEMUKAN DALAM SUNGAI MUAR

2 MAYAT DITEMUKAN DALAM SUNGAI MUAR MUAR – Seorang lagi nelayan yang dilaporkan hilang bersama-sama bapanya ketika mencari kepah di Sungai Muar berdekatan Tanjung Emas di sini sejak kelmarin ditemukan mayatnya hari ini. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Jefri Jamal berkata, mayat Muhammad Azwan Zainal, 25, […]

MIC HARAP TANDING LEBIH BANYAK KERUSI PARLIMEN, DUN DI JOHOR

MIC HARAP TANDING LEBIH BANYAK KERUSI PARLIMEN, DUN DI JOHOR KULAI – MIC berharap dapat bertanding lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Presidennya, Tan Sri S. Vigneswaran berkata, MIC sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) termasuk di negeri […]

PASANGAN ARTIS, USAHAWAN TERKENAL DISIASAT @SPRMMalaysia

PASANGAN ARTIS, USAHAWAN TERKENAL DISIASAT SPRM KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, adalah di antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes penggubahan wang haram. Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi tadi. Sumber […]
111-66
0

COVID-19: PASAR HARIAN DI SIMPANG RENGGAM DITUTUP

COVID-19: PASAR HARIAN DI SIMPANG RENGGAM DITUTUP KLUANG – Semua operasi pasar harian di bandar ini diarahkan supaya dihentikan sementara berkuat kuasa esok berikutan penularan koronavirus (Covid-19) di kawasan pentadbirannya kelmarin. Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), Mohamad Sukry Abd. Rahim berkata, tempoh penutupan sementara operasi bergantung kepada perkembangan dan tahap penularan wabak yang berlaku […]
111-98
0

DUA MAUT, SEORANG PARAH KEMALANGAN

DUA MAUT, SEORANG PARAH KEMALANGAN SUNGKAI: Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kampung Klah Baru, di sini, jam 11 pagi tadi membabitkan Proton Saga dan Perodua Myvi. Dalam kejadian itu, mangsa dalam Proton Saga, Mohamed Tahir Junus, 64, dan Nor Aini Mohd Sam, 56, dari Rumah Awam, Jalan Ketoyong ,Tanjung Malim maut […]
111-11
0

24 AHLI MAJLIS PBT DILANTIK HUJUNG BULAN INI

24 AHLI MAJLIS PBT DILANTIK HUJUNG BULAN INI JOHOR BAHRU 241020 – Lantikan 24 Ahli Majlis untuk setiap 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan dilakukan pada 31 Oktober ini. Pengerusi Jawantankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil berkata, jumlah keseluruhan seramai 384 Ahli Majlis itu telah dilantik secara berperingkat-peringkat sejak April […]

#DUDUKRUMAH JANGAN KELUAR UNTUK SEBAR #COVID19

#DUDUKRUMAH JANGAN KELUAR UNTUK SEBAR #COVID19 BERHENTI SALAHKAN POLIS BUAT SEKATAN JALAN RAYA KADAR FAEDAH 2 PERATUS – DIMANSUHKAN KADAR SEWA PREMIS – DIGESA UNTUK DIKURANGKAN MORATORIUM ANSURAN PKS-SELAMA 6 BULAN MORATORIUM AUTOMATIK 30 HARI – SERAH DOKUMEN BERKANUN KEPADA SSM PEKEJ TAMBAHAN RM10 BILION RINGANKAN BEBAN KEWANGAN PKS PORTAL IMSME – TERIMA PERMOHONAN PINJAMAN […]

RON95, RON97 NAIK 1 SEN, DIESEL TURUN 2 SEN

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen, manakala diesel turun dua sen bagi tempoh 29 Ogos hingga 4 September ini. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.72, RON97 (RM2.02) dan diesel (RM1.78). “Kerajaan akan […]

PELACURAN: SEDIA BUKU 555, KHIDMAT PENGHANTARAN TURUT DISEDIAKAN

JOHOR BAHRU – Macam-macam taktik digunakan penjenayah termasuk oleh sindiket pelacuran supaya kegiatan mereka tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Antaranya dengan kaedah langgan dahulu, bayar kemudian bagi menarik minat pelanggan mereka, khususnya dalam kalangan warga asing sejak tahun 2018. Namun, ibarat kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Hasil risikan pihak […]

51 INDIVIDU SEDANG BERHIBUR DIKOMPAUN INGKAR PKP

51 INDIVIDU SEDANG BERHIBUR DIKOMPAUN INGKAR PKP JOHOR BAHRU – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSNJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor memeriksa 51 individu ditahan di sebuah premis hiburan di bandar raya ini awal pagi ini. Menerusi serbuan pada pukul 2.30 pagi, semua pengunjung tersebut yang berusia 18 hingga 55 tahun itu diperiksa. Ketua Polis Johor, […]

TERJUN DARI JAMBATAN PERMAS JAYA

TERJUN DARI JAMBATAN PERMAS JAYA JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari Jambatan Permas Jaya ke dalam Sungai Plentong di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Âsisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, lelaki berusia 26 tahun itu terjun kira-kira pukul 10 pagi. “Insiden tersebut disedari dua nelayan yang […]

BANJIR KILAT: 3 BERANAK TERPERANGKAP DALAM KERETA

BANJIR KILAT: 3 BERANAK TERPERANGKAP DALAM KERETA KLUANG – Tiga beranak yang menaiki kereta Proton Saga terperangkap dalam banjir kilat di Pasar raya Econsave Kluang, Jalan Mersing di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 6.17 petang, seorang wanita, 47, dan dua anaknya yang berusia 10 dan 11 tahun terperangkap dalam sebuah kereta dipercayai dalam perjalanan […]

TUBUH KOPERASI PELANCONGAN BANTU 100 AHLI

TUBUH KOPERASI PELANCONGAN BANTU 100 AHLI MUAR – Persatuan Pelancongan Daerah Muar (Muar Tourism) akan menubuhkan Koperasi Pelancongan Daerah khusus untuk hampir 100 ahlinya yang akan berperanan meningkatkan pendapatan mereka menerusi pelaburan perniagaan koperasi. Pengerusi Muar Tourism, Sallehudin Satar berkata, pada permulaan koperasi itu akan terlibatkan dalam perniagaan berteraskan produk pelancongan bersekala sederhana. “Kerajaan menyediakan […]

TUTUP SEKOLAH: KEDAH TUNGGU HASIL PERBINCANGAN DENGAN MKN

TUTUP SEKOLAH: KEDAH TUNGGU HASIL PERBINCANGAN DENGAN MKN ALOR SETAR: Cadangan penutupan sekolah di kawasan penularan COVID-19 di negeri ini hanya boleh dilakukan dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Datuk Najmi Ahmad, berkata cadangan itu hanya boleh dibuat oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, dalam mesyuarat […]

CEMAR SG. SEMBRONG: 115 KOMPAUN DIKELUARKAN

CEMAR SG. SEMBRONG: 115 KOMPAUN DIKELUARKAN JOHOR BAHRU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan 115 kompaun terhadap kilang-kilang yang mencemarkan Sungai Sembrong, Kluang baru-baru ini sehingga mengakibatkan ikan mati. Pengerui Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyanathan berkata, Ops Gempur dilakukan pada 29 dan 30 September lalu yang melibatkan 45 anggota penguat kuasa JAS […]
111-76
0

JANGAN PANDANG RINGAN COVID-19, PATUHI SOP – SULTAN JOHOR

JANGAN PANDANG RINGAN COVID-19, PATUHI SOP – SULTAN JOHOR JOHOR BAHRU – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya rakyat tidak mengambil mudah peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara sejak kebelakangan ini. Sultan Johor mengingatkan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak berkenaan. “Jangan mengambil mudah peningkatan kes-kes baharu COVID-19 di seluruh […]
111-107
0

JDT KERUGIAN RM35 JUTA AKIBAT COVID-19

JDT KERUGIAN RM35 JUTA AKIBAT COVID-19 ISKANDAR PUTERI – Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kehilangan pendapatan RM35 juta dalam tahun ini akibat pandemik Covid-19. Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, situasi semasa terutama ekonomi akan pulih dengan segera dan ini akan memberi kesan positif terhadap pendapatan JDT. “Kalau ada pemulihan daripada segi […]
111-21
0

PENGARAH SYARIKAT SWASTA WARGA SINGAPURA DIREMAN 5 HARI

PENGARAH SYARIKAT SWASTA WARGA SINGAPURA DIREMAN 5 HARI JOHOR BAHRU 251020 – Seorang pengarah sebuah syarikat swasta warga Singapura direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes cuba merasuah pegawai penguat kuasa Imigresen sebanyak RM100. Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Mahkamah Majistret Johor Bharu, Faridatul Farrah […]

#SOULofJOHOR – TUN M TUBUH PARTI BAHARU, TAK TERIKAT PN, PH

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penubuhan parti baharu yang belum diberikan nama rasmi, namun ia tidak terikat atau menyokong Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH). Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, keputusan menubuhkan parti baharu dibuat selepas hilang kepercayaan kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yasin susulan […]

KETAGIH JUDI PUNCA PINJAM AH LONG

JOHOR BAHRU – Ketagih judi menjadi penyebab utama ramai yang meminjam wang daripada ceti haram atau ah long! Demikian pendedahan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang memberitahu, judi menjadi penyebab utama yang menyumbang terhadap statistik kes meminjam wang daripada ceti haram itu di negeri bagi lapan bulan pertama tahun ini. Polis Johor […]

GELANDANGAN DAPAT RUMAH SELEPAS 9 BULAN MELARAT

PASIR GUDANG – Penderitaan pasangan gelandangan yang tinggal di bawah bawah Flat Geharu, Taman Rinting di sini sejak sembilan bulan lalu berakhir apabila diberikan rumah sewa hari ini. Khaled Jeri, 51, dan isteri, Rahimi Zakaria, 65, tidak mempunyai anak tinggal di bawah rumah flat itu yang bersebelahan tangga dalam keadaan daif dan tiada kemudahan air […]

KAJIAN TRANSFORMASI GLC

KAJIAN TRANSFORMASI GLC KOTA ISKANDAR- Kerajaan negeri sedang menjalankan Kajian Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bagi mengkaji prestasi kewangan dan peranannya dalam usaha pemulihan ekonomi negeri. Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, kajian itu melibatkan usaha untuk meningkatkan nilai tambah GLC bagi memastikan strategi syarikat berkenaan selari dengan hasrat kerajaan negeri. ”Selain itu, kajian […]

SUKMA JOHOR TETAP DIANJURKAN TAHUN DEPAN

SUKMA JOHOR TETAP DIANJURKAN TAHUN DEPAN ISKANDAR PUTERI – Penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 akan tetap diadakan pada tahun depan walaupun berdepan Covid-19. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, temasya sukan itu tidak akan ditangguh atau dibatalkan kerana tindakan tersebut akan memberi isyarat salah terhadap komuniti sukan. “Bagaimanapun, beberapa […]

SULTAN JOHOR ZIARAH MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH SEMPENA HARI HOL

SULTAN JOHOR ZIARAH MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH SEMPENA HARI HOL JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, sempena Hari Hol, hari ini. Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim. Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibrahim; Tunku Panglima Johor, […]

WUJUD ZON INDUSTRI PERIKANAN DI TIGA DAERAH

WUJUD ZON INDUSTRI PERIKANAN DI TIGA DAERAH PASIR GUDANG – Johor akan mewujudkan Zon Industri Perikanan di Muar, Batu Pahat dan Pontian pada tahun depan sebagai usaha memelihara habitat hidupan laut yang semakin diancam kepupusan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Samsolbari Jamali berkata, zon itu diwujudkan bagi membantu […]

18 PENGUNJUNG PUSAT HIBURAN DIKOMPAUN RM1,000

18 PENGUNJUNG PUSAT HIBURAN DIKOMPAUN RM1,000 JOHOR BAHRU – Seramai 19 individu yang sedang leka berhibur termasuk seorang penjaga permis ditahan polis di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Permas Jaya, Masai di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata,semua yang berusia 18 hingga 57 tahun […]
111
0

6 KAPAL CHINA DITAHAN CEROBOH PERAIRAN NEGARA

6 KAPAL CHINA DITAHAN CEROBOH PERAIRAN NEGARA KOTA TINGGI 101020 – Maritim Malaysia menahan enam buah vesel asing kerana menceroboh perairan negara di Tanjung Setapa, dekat sini semalam. Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, vesel itu dikesan Lembaga Pelabuhan Johor pada pukul 9 pagi lalu memaklumkannya kepada Zon Maritim Tanjung […]
111-87
0

IDENTITI ‘JUARA’ LOMPAT PAGAR SPRM

IDENTITI ‘JUARA’ LOMPAT PAGAR SPRM KUALA LUMPUR: Polis mendedahkan identiti suspek terlibat dalam Macau Scam yang melarikan diri selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed, suspek dikenali sebagai Goh Leong Yeong, 32, beralamat di Blok 25B2-5-8 Miharja Condo, Jalan Cheras […]
333-22
0

TERBABAS MASUK GAUNG, WANITA TERSEPIT – @bombaJBPM

TERBABAS MASUK GAUNG, WANITA TERSEPIT – @bombaJBPM KLUANG – Seorang wanita cedera dan tersepit di tempat duduk pemandu selepas terlibat kemalangan di Felda Kahang Timur Barat, dekat sini hari ini. Dalam kejadian pukul 7.19 pagi, Rosnah Othman, 49, cedera selepas pacuan empat roda Mitsubishi Triton dipandunya terbabas sebelum masuk ke dalam gaung sedalam 20 kaki […]

IPD JBS RAMPAS RM9.3 JUTA ROKOK SELUDUP

JOHOR BAHRU – Sebanyak 26 kedai runcit di sekitar bandar raya ini diserbu dan pelbagai jenis rokok seludup bernilai RM9.3 juta dirampas dalam operasi sejak awal bulan ini hingga kini. Menerusi serbuan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (IPD JBS) itu, 2,593 kotak rokok dan 692 karton rokok tanpa cukai dirampas. Ketua Polis Daerah […]

JADIKAN PERPADUAN SUATU KEBIASAAN, HAYATI & AMALKAN RUKUN NEGARA

KOTA ISKANDAR – Semua lapisan masyarakat, khususnya rakyat Johor diminta menjadikan semangat perpaduan sebagai suatu kebiasaan bagi memastikan negara terus berada dalam keadaan aman, sentosa dan harmoni. Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad berkata, pembinaan negara bangsa yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia bukan perkara yang mudah. Menurut beliau, peristiwa hitam 13 Mei […]

PEJALAN KAKI MAUT DILANGGAR KERETA

PEJALAN KAKI MAUT DILANGGAR KERETA Gambar: ihsan Polis ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki yang sedang berjalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta di Jalan Sungai Danga, di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 8.50 pagi, mangsa, Loh Kah Huat, 57, dari Bukit Pasir, Muar, sedang melintas sebelum dilanggar sebuah kereta dipandu seorang wanita. Ketua Polis […]

DIHINA EIRA AZIERA, SUHARNIZAN LAPOR POLIS

DIHINA EIRA AZIERA, SUHARNIZAN LAPOR POLIS Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU – Pesuruhjaya Sumpah, Suharnizan Md Sidek, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini hari ini selepas mendakwanya dirinya dimalukan seorang personaliti media sosial. Menurut Suharnizan, 37, membuat laporan tersebut supaya tindakan dapat diambil terhadap personaliti tersebut, Noorazira […]

BAYI PEREMPUAN BERTALI PUSAT DITEMUKAN DI BALAI RAYA

BAYI PEREMPUAN BERTALI PUSAT DITEMUKAN DI BALAI RAYA MERSING – Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemukan di tepi jalan berhampiran Balai Raya Kampung Tenglu Laut, di sini hari ini. Bayi berkenaan ditemuikan pada pukul 2 petang selepas pihak polis dimaklumkan oleh orang awam. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward […]

WARGA INDONESIA WUJUDKAN KLUSTER ORKIM DI PASIR GUDANG

WARGA INDONESIA WUJUDKAN KLUSTER ORKIM DI PASIR GUDANG PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan mengesan satu kluster baharu di Johor yang dikenal pasti sebagai Kluster Orkim membabitkan kru kapal yang berlabuh di Pelabuhan Pasir Gudang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes pertama iaitu kes ke-10,572 yang dikesan membabitkan seorang kru kapal warganegara […]

PRK DI SABAH? AHLI PARLIMEN BATU SAPI MENINGGAL DUNIA

PRK DI SABAH? AHLI PARLIMEN BATU SAPI MENINGGAL DUNIA Peningkatan Covid-19 dipercayaai berikutan PRN Sabah cukup meresahkan, apatah lagi jika menghadapi pilihan raya kecil sekali lagi di Parlimen Batu Sapi. Pagi ini dilaporkan bekas menteri undang-undang di era Pakatan Harapan (PH) Liew Vui Keong meninggal dunia jam 11.50 pagi tadi. Malaysiakini melaporkan, Timbalan presiden Warisan […]
810-ANWAR-MENGADAP-AGONG-SELASA
0

ANWAR MENGADAP AGONG SELASA INI

ANWAR MENGADAP AGONG SELASA INI Kuala Lumpur: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah pada 13 Oktober ini. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, pihaknya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana ketika sidang medianya pada 23 September […]
222-27
0

ANWAR TIBA DI ISTANA NEGARA

ANWAR TIBA DI ISTANA NEGARA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara, untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – Foto BERNAMA
111-99
0

KPD JANGAN LINDUNGI SALAH LAKU ANGGOTA – AYOB KHAN @PolisJohor @PDRMsia

KPD JANGAN LINDUNGI SALAH LAKU ANGGOTA – AYOB KHAN @PolisJohor @PDRMsia JOHOR BAHRU – Pegawai atasan polis di negeri ini diberi amaran agar tidak melindungi salah laku yang dibuat anggota bawahan mereka. Mengingatkan perkara itu, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata hal ini berikutan maklumat yang diperolehinya daripada Jabatan Integriti Pematuhan Standard […]
111-12
0

WUJUDKAN PELAN JANGKA SEDERHANA-PANJANG – PM

WUJUDKAN PELAN JANGKA SEDERHANA-PANJANG – PM KUALA LUMPUR 241020 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan keperluan mewujudkan Pelan Jangka Masa Sederhana-Panjang dengan lebih terperinci, bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat dan ekonomi negara. Beliau berkata, pelan berkenaan juga amat penting dalam menangani keresahan rakyat. Katanya, kerajaan menyedari keresahan rakyat dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19 […]

#SOULofJOHOR – @POLISJOHOR TUMPASKAN GENG AH POH DAN GENG HANDSOME

JOHOR BAHRU: Polis Johor melancarkan beberapa siri operasi khas terhadap dua sindiket pengedaran dadah membabitkan 15 serbuan di sekitar kawasan Johor Bahru, Seri Alam, Kota Tinggi dan Pontian, antara 2 Jun hingga 9 Jun lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket pertama yang berjaya ditumpaskan dikenali Geng Ah Poh yang dianggotai […]

2 PEMANDU LORI CEDERA KEMALANGAN LIBATKAN 6 KENDERAAN

PASIR GUDANG – Dua pemandu lori cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan enam lori di Jalan Pekeliling, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang di sini hari ini. Dalam kejadian pada jam 12.50 tengah hari, sebuah lori membawa muatan gula pasir tidak sempat membrek ketika di persimpangan lampu isyarat di jalan berkenaan. Lori pasir berkenaan kemudian terbabas dan […]

6 LELAKI BERGADUH DITAHAN

6 LELAKI BERGADUH DITAHAN JOHOR BAHRU – Polis Daerah Johor Bahru Utara menahan enam lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sebuah kediaman di Tampoi, di sini Selasa lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superitendan Fariz Ammar Abdullah berkata, mereka yang tahan pada pukul 9 malam kelmarin berusia antara 21 hingga 36 tahun. “Mereka ditahan kerana […]

SINGKATAN, LOGO PARTI SYED SADDIQ CIPLAK?

SINGKATAN, LOGO PARTI SYED SADDIQ CIPLAK? JOHOR BAHRU – Angkatan Demokrasi Milenial Bersekutu (Muda) melahirkan kekesalan apabila nama parti politk baharu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ikatan Demokratik Malaysia menggunakan singkatan nama yang sama. Aktivis Muda, Onn Mahathir Md. Nasir berkata, pihaknya sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk golongan muda di negeri ini sudah […]

@MYCoastGuard TAHAN KAPAL MINYAK DARI SINGAPURA

MARITIM TAHAN KAPAL MINYAK DARI SINGAPURA PONTIAN – Maritim Malaysia Johor menahan sebuah kapal muatan minyak mentah dari Singapura kira-kira 4.5 batu nautika tenggara Tanjung Piai, dekat sini semalam. Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal ronda maritim menahan kapal tersebut pada pukul 12 tengah hari semasa melaksanakan pemeriksaan rutin Op […]

175 PELAJAR TERLIBAT KES KEMALANGAN

175 PELAJAR TERLIBAT KES KEMALANGAN KULAI – Sebanyak 175 Kes kemalangan jalan raya dicatatkan yang melibatkan pelajar sekolah dari Januari hingga bulan lalu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M Kumarasan memberitahu, daripada jumlah itu, kemalangan maut melibatkan 75 kes; cedera parah (41); cedera ringan (37) dan kemalangan dengan kerosakan (22). “JSPT […]

SEORANG LELAKI LEMAS DALAM KOLAM

SEORANG LELAKI LEMAS DALAM KOLAM BATU PAHAT – Seorang lelaki terjatuh dan lemas dalam kolam air di Parit Sameon, Kota Dalam, Ayer Hitam, dekat sini hari ini. Dalam kejadian pukul 1.59 petang, mangsa yang hanya dikenali sebagai Maniaresan, 54, tergelincir sebelum keluarganya meminta bantuan pihak bomba. Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]

SEMUA PULAU SELAMAT DIKUNJUNGI

SEMUA PULAU SELAMAT DIKUNJUNGI Oleh Abu Hanifah Muhamad MERSING – Pulau-pulau di negara ini selamat dikunjungi kerana semuanya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghappar berkata, pengunjung tidak perlu bimbang kerana semua hotel dan resort mematuhi semua arahan keselamatan dan kesihatan. “Pihak pengurusan […]
111-77
0

HUKUMAN DIKETAHUI 5 NOV, 2 LELAKI MENGAKU SALAH LASTIK WARGA EMAS

HUKUMAN DIKETAHUI 5 NOV, 2 LELAKI MENGAKU SALAH LASTIK WARGA EMAS BACHOK: Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan melastik seorang warga emas sehingga mendatangkan kecederaan, Khamis lalu. Kedua-dua tertuduh, Mohammad Roslan Abdullah, 18, dan Muhammad Aziman Peli, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd […]
111-108
0

LUPUS BARANG KES BERNILAI RM1.2 JUTA

LUPUS BARANG KES BERNILAI RM1.2 JUTA JOHOR BAHRU – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor hari ini melupuskan pelbagai barang kes yang dirampas bernilai RM1.2 juta sejak awal Januari lalu hingga sekarang. Pengarahnya, Mohd. Khairul Anuar Bohro berkata, semua barangan yang dilupus itu melibatkan 155 kes dan 117,043 unit barangan. […]
111-22
0

SULTAN JOHOR HARAP MESYUARAT KHAS DIRAHMATI ALLAH

SULTAN JOHOR HARAP MESYUARAT KHAS DIRAHMATI ALLAH JOHOR BAHRU 251020 – Sultan Johor berangkat ke Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), tengah hari ini. Baginda berharap supaya mesyuarat khas tersebut diberkati dan dirahmati Allah demi kebaikan […]

#SOULofJOHOR ~ 2 TEMAN SERUMAH DISYAKI BUNUH WARGA EMAS, DIREMAN 6 HARI

KULAI: Dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang warga emas di Taman Senai Jaya, Senai, dekat sini, direman enam hari bermula hari ini. Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin membenarkan permohonan reman berkenaan yang dikemukakan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai. Ia bagi membolehkan siasatan lanjut kes berkenaan terhadap kedua-dua suspek […]

PANIK, 2 GAJAH MUNCUL TIBA-TIBA

KOTA TINGGI – Pengguna jalan raya tergamam dan panik apabila dua ekor gajah liar muncul di Jalan Mawai, Kota Tinggi di sini semalam. Dalam kejadian pukul 7 petang, kemunculan binatang itu menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa menghentikan kenderaan mereka. Tindakan itu menyebabkan kesesakan selain menimbulkan rasa bimbang pengguna jalan raya sehingga anggota polis dipanggil bagi […]

JENAZAH KADI JB SELAMAT DIKEBUMIKAN

JENAZAH KADI JB SELAMAT DIKEBUMIKAN Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU – Jenazah Kadi Johor Bahru, Mohd. Fahami Abd. Samad, 45, salamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mount Austin di sini hari ini. Upacara pengkebumian Allahyarham dihadiri lebih 200 ahli keluarga, saudara-mara, rakan dan orang kenamaan. Antara yang hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam […]