in

SINDIKET SELUDUP TAYAR DARI SINGAPURA ‘KANTOI’

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/11/01-1.jpeg

SINDIKET SELUDUP TAYAR DARI SINGAPURA ‘KANTOI’


JOHOR BAHRU – Mengiystiharkan muatan lori kosong sebelum berjaya meloloskan diri membawa muatan tayar tidak becukai semasa pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Ismail (BSI) di sini.


Itu modus operandi dilakukan sindiket membawa masuk tayar seludup dari Singapura untuk dijual dalam pasaran tempatan terutamanya di negeri-negeri di utara tanah air.


Tayar seludup pelbagai saiz tersebut dipercayai dijual pada separuh harga atau mengikut harga pasaran.


Sindiket itu tumpas apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan sebuah lori yang sarat membawa muatan tersebut di Plaza Tol Kempas, di sini pada 28 Oktober lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tangkapan itu dilakukan jam 1 petang selepas sepasukan anggota daripada unit risik PPM melakukan pemantauan dan intipan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Ismail (BSI) di sini.


PPM kemudian mengekori lori berkenaan dan membuat serbuan di Plaza Tol Kempas serta menahan lori tersebut dan pemandunya yang berusia 56 tahun.


“Susulan serbuan pertama, sekitar jam 6.05 petang pada 29 Oktober, sepasukan anggota dari Cawangan Siasatan Khas D9 Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara telah membuat tangkapan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun di sebuah premis di Taman Sri Skudai,” katanya dalam sidang akhbar di Markas PPM Wilayah Dua, Tampoi di sini hari ini.


Hasil siasatan mendapati suspek berkenaan merupakan majikan kepada suspek pertama yang mengendalikan segala urusan membawa tayar tidak bercukai kastam masuk ke Malaysia dari Singapura.


Dalam serbuan itu pihaknya merampas 727 pelbagai jenis saiz tayar bernilai RM697,759 dan sebuah lori bernilai RM150,000, jumlah keseluruhan rampasan RM847,759.
Semakan ke atas kedua-dua suspek mendapati tidak mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah.


Suspek pertama direman selama tujuh hari dari 29 Oktober hingga Khamis manakala suspek kedua direman dua hari pada 30 dan 31 Oktober lalu.


“Dalam kes ini kita tidak menolak terdapat penglibatan ‘orang dalam’ di CIQ BSI yang membolehkan mereka memboloskan diri. Lori yang berjaya meloloskan diri ini menggunakan laluan khas yang telah diisytiharkan tanpa muatan.


“Kita percaya pemandunya diberikan kad akses untuk dibenarkan melalui laluan tersebut. Bagaimanapun ini masih dalam siasatan,” katanya.


Sindiket itu dipercayai sudah beroperasi antara enam hingga tujuh bulan lalu dan tidak menafikan terdapat barang lain yang diseludup masuk dengan modus operandi sama.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan memaklumkan, PPM Wilayah Dua akam sentiasa meningkatkan pengoperasian dan memperketatkan pengawalan negara daripada dibolisi sindiket penyeludupan. – VOICE

(Visited 35 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0