in

BOLEH NIKAH DI MASJID, SURAU DI JOHOR MULAI 7 NOVEMBER

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/11/01.jpeg

BOLEH NIKAH DI MASJID, SURAU DI JOHOR MULAI 7 NOVEMBER

JOHOR BAHRU, 4 Nov – Sebanyak 91 masjid dan 14 surau di negeri ini dibenarkan mengadakan majlis akad nikah di dewan rumah ibadah berkenaan bermula 7 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, kebenaran itu diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi menjaga dan menghidupkan syiar dan syariah Islam di seluruh negeri ini.

Selain dewan masjid dan surau terpilih, beberapa lokasi lain turut dibenarkan menjadi lokasi majlis akad nikah.

Katanya, lokasi tersebut adalah di Jabatan Agama Islam Negeri Johor; Pejabat Kadi Daerah serta dewan dan balai raya.

“Pelaksanaan majlis akad nikah tersebut perlulah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Pekeliling berkenaan penganjuran majlis tersebut akan dikeluarkan dalam waktu terdekat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, program membudayakan al-Quran, kuliah Maulidur Rasul, kuliah umum, kuliah khas, kuliah dhuha, kuliah zohor dan kuliah Jumaat juga dibenarkan bermula hari ini dengan masa dihadkan hanya satu jam.

“Aktiviti lain yang turut dibenarkan termasuk majlis zikir, selawat, program wirid dan tarikat.


“Sementara itu, aktiviti kemasyarakatan lain seperti gotong-royong pembersihan kawasan masjid dan surau dibenarkan manakala aktiviti bermalam masih ditangguhkan,” ujarnya.
Tosrin betkata, kehadiran penceramah, ahli masjid atau surau serta jemaah adalah tertakluk kepada mereka yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 sahaja.
“Namun kelonggaran diberi kepada individu yang mempunyai surat perakuan bertulis daripada Pejabat Kesihatan Daerah,” jelasnya. – VOICE

(Visited 27 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0