in

TIADA SEKATAN RENTAS NEGERI UNTUK REMAJA, KANAK-KANAK

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/10/01-2.jpeg

TIADA SEKATAN RENTAS NEGERI UNTUK REMAJA, KANAK-KANAK

Remaja berusia 12 hingga 17 tahun dan kanak-kanak dibenarkan untuk menikmati kelonggaran rentas negeri walaupun belum menerima vaksin COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia selepas mengambil kira faktor kanak-kanak masih tidak boleh diberi pelalian berkenaan.

Selain itu, katanya, tiada prosedur operasi standard (SOP) baharu akan dikeluarkan bagi kelonggaran berkenaan bagi negeri yang belum mencapai kadar vaksinasi 80 peratus.

“Kita lihat kepada purata keseluruhan di seluruh negara apabila capai 90 peratus. Ada negeri (kadar vaksinasi) yang lebih 100 peratus dan ada yang masih kurang.

“Bagaimanapun, tiada SOP baharu akan diperkenalkan (bagi negeri yang belum mencapai 80 peratus kadar vaksinasi).

“Bagi kanak-kanak pula, ibu bapa merekalah yang sepatutnya tidak membawa mereka ke tempat perhimpunan ramai dan mereka boleh untuk rentas negeri,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

(Visited 29 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0