in

SAYA CUKUP TERKILAN – SULTAN JOHOR

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/10/01.jpg

SAYA CUKUP TERKILAN – SULTAN JOHOR

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya pihak bertanggungjawab yang cuai dan khilaf dalam tidak meneruskan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh perlu dikenakan tindakan.

Baginda turut meminta penjelasan di sebalik tindakan kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2018 kerana tidak meneruskan permohonan semakan ke atas penghakiman kes itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Baginda bertitah, tindakan sedemikian seolah-olah mengalah sebelum masuk gelanggang. 

“Kenapa keputusan untuk tidak meneruskan permohonan itu diambil sedangkan kita telah menemui bukti baharu yang berpihak kepada kita. Ini yang menyebabkan saya cukup terkilan.

“Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu. Adakah kita negeri anak tiri. Kalau tak suka Johor… Cuba kalau Malaysia kehilangan Pulau Langkawi kepada Thailand, bagaimana rasa orang Kedah agaknya.

“Saya mahu pasukan petugas khas yang ditubuhkan Perdana Menteri dapat menjelaskan punca kerajaan sewaktu pimpinan Dr. Mahathir menarik balik semakan kes berkenaan,” titah baginda dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman sosial Facebook, di sini hari ini.

Justeru, baginda mahu tindakan tegas diambil jika benar berlaku kekhilafan.

“Ambil tindakan setegas-tegasnya jika benar berlaku kekhilafan. Ini adalah soal kedaulatan kita,” titah baginda.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas itu bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan pilihan bersesuaian dengan turut mendapatkan pandangan pakar undang-undang antarabangsa. – JT

(Visited 151 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0