in

RENTAS NEGERI SEMAKIN HAMPIR – PM @ISMAILSABRI60

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/10/IM03.jpg

RENTAS NEGERI SEMAKIN HAMPIR – PM @ISMAILSABRI60

KUALA LUMPUR: Penetapan 90 peratus vaksinasi sebelum kebenaran rentas negeri dibuat adalah bagi memastikan semua negeri berpeluang diberi kelonggaran sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya percaya tempoh untuk membenarkan rentas negeri sudah semakin hampir dan ia akan terus diumumkan sebaik negara mencapai 90 peratus vaksinasi.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya memahami ramai individu mahu pulang ke kampung dan malah beliau sendiri pernah melalui situasi sama sebelum ini.

“Dulu ada janji 80 peratus boleh rentas negeri, kenapa tiba-tiba jadi 90 peratus? Kita lihat apabila 80 peratus, kita lihat banyak negeri yang peratusannya masih kecil.

“Kalau kita buka seluruh Malaysia kita tidak mahu tinggalkan negeri yang masih kecil peratusan vaksin.

“Jadi sebab itu kita tunggu 90 peratus, kerana kita percaya apabila 90 peratus, setiap negeri dah 80 peratus lebih.

“Saya percaya ramai nak balik kampung. Sesetengah itu sudah setahun lebih tidak tengok ibu bapa mereka. Setengah ibu bapa tak sihat,” katanya pada wawancara khas yang disiarkan secara langsung malam ini. – BH

(Visited 18 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0