in

RAMAI LAGI PEMIMPIN INGIN KEMBALI KEPADA UMNO – @DrZAHIDHAMIDI

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/10/IM04.jpg

RAMAI LAGI PEMIMPIN INGIN KEMBALI KEPADA UMNO – @DrZAHIDHAMIDI

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa lebih ramai pemimpin dan ahli BERSATU menyatakan hasrat untuk kembali menyertai semula parti itu.

Katanya, UMNO sedia memperhalusi setiap permohonan mereka, termasuk bekas ahli yang sebelum ini dikenakan tindakan tatatertib oleh parti.

“UMNO mengalu-alukan ‘sirih pulang ke gagang’ kepada mereka yang akhirnya menyedari UMNO jua parti yang benar, tulus serta jujur dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

“Difahamkan, ramai lagi pimpinan BERSATU merisik peluang kembali ke pangkuan UMNO. Insya-Allah kita perhalusi setiap permohonan dengan berlapang dada dan jiwa yang besar. Bukan saja dalam kalangan pemimpin, malah ahli biasa mana-mana parti sekali pun kerana UMNO akan menggembleng segenap kekuatan bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.

Ahmad Zahid mengulas keputusan bekas Ketua BERSATU Putrajaya bersama lebih 120 ahli parti itu yang kembali menyertai UMNO beberapa hari lalu.

“Sebelum itu ada pimpinan BERSATU sudah pun terlebih dulu meninggalkan BERSATU bagi menyertai semula parti terbesar bangsa Melayu. Selagi kepulangan mereka kepada UMNO dengan hati nurani yang ikhlas berserta roh dan semangat untuk perjuangan UMNO yang mulia,” katanya.

Beliau turut mengingatkan tindakan itu jangan disamakan dengan perbuatan curang wakil rakyat melompat parti selepas pilihan raya yang jelas satu penipuan kepada rakyat.

Selepas PRU-14 lalu, seramai 15 Ahli Parlimen UMNO mengambil keputusan keluar parti dan menyertai BERSATU yang kini menerajui Perikatan Nasional (PN). – BH

(Visited 6 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0