in

MASIH RAMAI YANG DEGIL, 49 DIKOMPAUN – @PolisJohor @PDRMsia

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/10/im01-3.jpeg

MASIH RAMAI YANG DEGIL, 49 DIKOMPAUN

JOHOR BAHRU – Biarpun sering dipaparkan dalam media ramai yang sudah dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), namun masih ramai yang ‘degil’ dan mengambil mudah perkara berkenaan.

Semalam, seramai 49 pelanggan menerima ‘surat cinta’ daripada pihak berkuasa ekoran gagal mematuhi SOP termasuk menjaga penjarakan fizikal dan mengimbas kod QR semasa memasuki premis.

Natijahnya, mereka dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah RM73,500.
Kesemua individu tersebut dikesan melanggar perintah Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika operasi pematuhan dilakukan sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sekitar bandar raya ini malam tadi.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam operasi yang dijalankan bermula jam 8 malam telah membuat pemeriksaan di tujuh buah premis.
Daripada 103 individu yang diperiksa, seramai 49 berusia antara 20 hingga 40 tahun didapati melakukan kesalahan melanggar SOP ditetapkan.

“Kesemua mereka ini dikesan tidak menjaga penjarakan fizikal ketika berada di dalam

premis dan tidak mengimbas kod QR sebelum memasuki premis berkenaan.
“Oleh itu, setiap seorang individu yang dikesan dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang dengan jumlah RM73,500,” katanya hari ini.

Raub memberitahu, daripada premis yang diperiksa itu didapati empat daripadanya dikesan gagal menyediakan laluan keluar masuk dan gagal melaksanakan penjarakan fizikal pelanggan.

“Setiap pemilik premis dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM10,000 tiap seorang dengan jumlah RM40,000.

“Keseluruhan kompaun yang dikenakan terhadap 32 lelaki dan 21 wanita termasuk empat pemilik premis adalah sebanyak RM113,500,” ujarnya.
Operasi itu tamat pada jam 1 pagi. – JT

(Visited 311 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0