in

KERAJAAN NEGERI GANDA USAHA BANTU USAHAWAN JOHOR – @HASNI_JOHOR

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/10/20211015113554_IMG_9049.jpg

KERAJAAN NEGERI GANDA USAHA BANTU USAHAWAN JOHOR – @HASNI_JOHOR

PONTIAN, 16 Oktober: Kerajaan Negeri akan terus menggandakan usaha membantu golongan usahawan di negeri ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad berkata, antara yang akan dilakukan termasuk memberi insentif dan bantuan pinjaman tanpa faedah kepada mereka.

Menurutnya, Kerajaan Negeri akan menanggung faedah pinjaman yang dibuat oleh golongan usahawan menerusi inisiatif yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Bank Rakyat.

“Bank Rakyat telah bersedia untuk membantu, menyalurkan bantuan sebanyak RM100 juta kepada usahawan-usahawan di Johor membuat pinjaman tanpa faedah.

“Faedah yang selalunya bank kenakan kepada peminjam, kerajaan tanggung faedahnya supaya rakyat tidak memikul beban faedah itu.

“Ini bertujuan untuk membantu usahawan, untuk memberi lebih banyak ruang dan peluang usahawan memulakan semula perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Geran PKS Makmur Johor ( GePKS) Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd., di sini hari ini.

YAB Menteri Besar berkata, ketika ini kerajaan sedang dalam proses menyelesaikan beberapa butiran sebelum inisiatif itu dapat dilaksanakan pada penghujung tahun ini.

“Insya-Allah November ini atau sebelum akhir tahun, kita akan dapat selesaikan segala butiran untuk membolehkan pinjaman ini diberikan kepada usahawan terlibat,” katanya.

Yang turut hadir ialah Pengarah Eksekutif PUJB, YB Tuan Haji Ashari Kasnan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian, Mohd. Ezzuddin Sanusi.

(Visited 55 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0