in

BEKAS MB JOHOR DISERANG STROK

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/10/01-4.jpeg

BEKAS MB JOHOR DISERANG STROK

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian diserang strok di rumahnya, di sini hari ini

Menurut Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, Senator Md. Nasir Hashim, Osman yang juga Ketua BERSATU Bahagian Ayer Hitam diserang strok antara jam 10 hingga 11 pagi ini.

“Datuk Osman dibawa ke hospital swasta di sini untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mendapat berita itu ketika berada di Dewan Rakyat hari ini dan menyifatkannya berita yang mengejutkan terutamanya bagi BERSATU Johor.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh berkata, dimaklumkan Osman akan dipindahkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur hari ini.

“Setakat ini saya tidak tahu keadaan terkini beliau tetapi saya akan menziarahinya di Kuala Lumpur esok dan berdoa agar beliau cepat sembuh,” katanya.

Osman, 70, adalah Menteri Besar Johor ke-16 dan yang pertama daripada BERSATU selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

ADUN Kempas itu menyandang jawatan tersebut selama 11 bulan sebelum melepaskannya pada April 2019. – JT

(Visited 53 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0