in

AYOB KHAN TAK KISAH KONGSI NO TELEFON – @PDRMsia @PolisJohor

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/10/im01-1.jpeg

AYOB KHAN TAK KISAH KONGSI NO TELEFON


JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memang terkenal dengan sikap tegasnya menjalankan tugas.

Tidak hairan kelibat dan tindakannya menimbulkan gerun, khususnya kepada penjenayah.
Namun, dari satu sisi, sebenarnya Ayob Khan mudah mesra dan sentiasa mahu dekat dengan orang ramai.

Justeru, beliau sanggup berkongsi nombor telefon bimbitnya dengan orang ramai bagi memudahkan mereka menyalurkan maklumat secara terus kepadanya.

Malah, Ayob Khan mengakui menerima banyak maklumat menerusi aplikasi WhatApps dan tiada masalah nombor peribadinya diketahui umum.

Katanya, setiap maklumat yang diterima itu akan diselidik dan diberi perhatian sebelum tindakan diambil menerusi Ketua Polis Daerah termasuk mengadakan intipan dan serbuan.
“Saya tak kisah berkongsi nombor telefon di media sosial kerana dari situlah saya dapat banyak maklumat. Bagi saya itu bukan masalah besar.

“Sebagai contoh, dua hari lalu seorang indvidu menghantar mesej beritahu ada sebuah kelab malam di kawasan Johor Bahru Selatan yang berbuat bising sehingga mengganggu ketenteraman.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, terdapat kelab malam sedang beroperasi dan seramai 26 pengunjung sedang berhibur. Kompaun sebanyak RM150,000 dikenakan kerana langgar prosedur operasi standard ( SOP),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi dialog Program Mengukuh Integriti dan Menangani Rasuah Dalam Penjawat Awam di Lembaga Pertuduhan Peladang (LPP) Negeri Johor, Jalan Pandan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ayob Khan memberitahu, surat layang yang diterimanya pula berkait dengan salah laku Ketua Polis Daerah juga pernah diterimanya sebelum ini.

“Maklumat yang diterima menerusi surat layang ini saya siasat dulu, kesahihan dakwaan itu. Tindakan akan diambil jika maklumat yang disalurkan dalam surat layang itu benar.

“Dalam hal surat layang ini, saya perhatikan ia sebagai salah satu cara orang awam menyalurkan maklumat kepada polis selain menggunakan platform media sosial,” katanya. – VOICE

(Visited 32 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0