https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/06/111a-2.jpg
in

TEGUR BERCAKAP KUAT, PEMBANTU KEDAI PARAH DITETAK

TEGUR BERCAKAP KUAT, PEMBANTU KEDAI PARAH DITETAK


ISKANDAR PUTERI – Gara-gara menegur rakan serumah bercakap kuat dalam telefon, seorang lelaki ditetak di kepala menggunakan parang di rumah sewa mereka di Taman Nusa Bestari, semalam.
Dalam kejadian jam 5.15 petang, mangsa yang berusia 37 tahun berasa terganggu dengan suspek yang bercakap kuat.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata,apabila mangsa keluar dari biliknya, suspek mendekatinya dan mengeluarkan parang dari dalam seluarnya.
“Suspek lalu terus menetak mangsa di bahagian kepala sebanyak tiga kali. Kejadian berlaku di tingkat tiga dalam sebuah rumah di taman itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Mangsa yang ketakutan kemudian melarikan diri dan turun ke tingkat bawah.
Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru serta berada dalam keadaan stabil.
Beliau berkata, berpandukan maklumat awam dan saksi di tempat kejadian pihak polis berjaya menahan suspek yang berumur 23 tahun di lokasi sama.
“Punca kejadian apabila suspek tidak mahu menerima teguran mangsa untuk memperlahankan nada suara semasa bercakap kerana mangsa sedang berbual menerusi telefon dalam biliknya.
“Hasil siasatan awal suspek merupakan seorang pekerja kilang dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau. ujian saringan air kencing ke atas suspek dijalankan dan dapati negatif dan bebas daripada sebarang pengaruh dadah,” katanya.
Polis turut merampas sebilah parang panjang lebih kurang 37.7 sentimeter.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru hari ini untuk proses tahanan reman. – JT

(Visited 31 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0