https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/06/111.jpg
in

SPM 2020 DIUMUM 10 JUN

SPM 2020 DIUMUM 10 JUN

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan diumumkan 10 Jun ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan pengumuman keputusan itu akan dibuat bermula jam 10 pagi, manakala calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui beberapa kaedah.

Katanya, ia merangkumi semakan secara dalam talian talian di pautan http://myresult1.moe.gov.my/ atau http://myresult2.moe.gov.my/ untuk mendapatkan keputusan penuh.

“Calon juga boleh buat semakan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPM[jarak]NoKP[jarak]AngkaGiliran dan hantar ke 68886.

“Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada Khamis depan sehingga jam 6 petang, 17 Jun ini.

“Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon berkenaan dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020, mulai 22 Februari lalu, melakar sejarah tersendiri apabila peperiksaan itu diadakan dalam keadaan norma baharu, berikutan penularan jangkitan COVID-19.

Kumpulan pelajar Tingkatan Lima dilihat mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang, iaitu hampir 14 bulan, namun pembelajaran bersemuka paling singkat, iaitu sekitar empat bulan, ekoran penularan pandemik COVID-19 yang memaksa mereka beralih kepada pembelajaran dalam talian menerusi aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Skype.

Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet, KPM berkata, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti individu berkenaan dan memaklumkan kaedah sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya. – BH

(Visited 14 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0