https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/06/111.png
in

LELAKI PUKUL ISTERI HAMIL SEHINGGA KOMA SUDAH DITAHAN

LELAKI PUKUL ISTERI HAMIL SEHINGGA KOMA SUDAH DITAHAN

Kuala Lumpur: Lelaki memukul isterinya yang hamil sehingga koma pada 4 Mei lalu sudah ditahan polis, hari ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Dev Kumar berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, jam 11 pagi di Taman Bukit Angsana, di sini.

“Suspek yang ditahan kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan hari ini untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan di Johor bertarung nyawa selepas parah disyaki dipukul suaminya pada 4 Mei lalu.

Mangsa yang hamil empat minggu itu parah pada kepala sehingga sebahagian tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.- HM

(Visited 58 times, 3 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0