https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/06/555f.png
in

KPJ BANDAR DATO’ ONN SASAR VAKSIN 100 WARGA EMAS SEHARI

KPJ BANDAR DATO’ ONN SASAR VAKSIN 100 WARGA EMAS SEHARI


JOHOR BAHRU – Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn menyasarkan untuk memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada 100 warga emas sehari mulai 21 Jun ini berbanding 50 orang ketika ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Haslina Harun berkata, hospital itu telah mula memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada warga emas selepas menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada 31 Mei lalu.
“Hospital ini dalam landasan untuk membantu kerajaan mencapai sasaran 80 peratus suntikan vaksin COVID-19 atau imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini. “Pada masa ini, kita memberi suntikan vaksin kepada 50 orang warga emas sehari yang dilaksanakan pada Isnin hingga Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Namun bermula 21 Jun ini, hospital tersebut dijangka dapat meningkatkan suntikan vaksin kepada seramai 100 orang sehari untuk penerima dos pertama serta kedua.
“Saya berharap sasaran kerajaan untuk memastikan seramai 150,000 orang mampu divaksin setiap hari tercapai,” katanya.
Setakat ini, kira-kira 450 warga emas telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn. Beliau berkata, untuk mendapatkan vaksin disediakan orang ramai perlu membuat pendaftaran dalam aplikasi MySejahtera sebelum pemberiannya diselaraskan oleh KKM. – VOICE

(Visited 44 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0