https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/06/111a.jpg
in

IKRAR LAIN, MUATAN BERBEZA, CUBAAN EKSORT ‘STEEL SCRAP’ GAGAL

IKRAR LAIN, MUATAN BERBEZA, CUBAAN EKSORT ‘STEEL SCRAP’ GAGAL

JOHOR BAHRU – Cubaan satu sindiket mengeksport ‘steel scrap’ tanpa cukai dan mengikrar barang dagangan itu sebagai ‘Aluminium Flakes’ di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, Iskandar Puteri pada 31 Mei lalu gagal apabila berjaya dikesan pihak kastam.Dalam pemeriksaan pada jam 11.15 malam ke atas empat buah lori di pintu keluar eksport, di hadapan pos pemeriksaan Imegresen KSAB, pihak kastam menemukan ‘steel scrap’ yang bernilai RM292,096. Pengarah Kastam Johor, Sazali Mohamad berkata, pemeriksaan rapi mendapati dagangan dan kod tarif dagangan yang diikrar dalam borang kastam juga berlainan dengan dagangan sebenar yang dibawa dalam lori.”Jumlah sitaan dagangan ‘steel scrap’ dianggarkan bernilai RM292,096, manakala anggaran empat buah lori yang disita itu pula bernilai RM400,000. Keseluruhan rampasan dan sitaan bernilai RM692,096,” katanya dalam satu kenyataan di sini Susulan itu, lima lelaki warga tempatan yang berusia antara 29 tahun hingga 43 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.Jelasnya, modus operandi sindiket penyeludupan itu adalah membuat pengikraran eksport yang tidak betul bagi pengelakan daripada mengemukakan permit eksport semasa pengeksportan dibuat dan mengelirukan pihak berkuasa.Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 133 (1)(a) Akta Kastam 1967, iaitu mengeksport barang-barang larangan tanpa permit yang sah dan membuat pengikraran tidak betul.Jika sabit kesalahan, bagi kesalahan pertama boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000 mengikut mana-mana yang lebih besar dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 mengikut mana-mana amaun lebih besar atau dipenjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.- JT

(Visited 49 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0