https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/06/111a-1.jpg
in

22 HAIWAN EKSOTIK DIRAMPAS – @PERHILITAN @kpperhilitan

22 HAIWAN EKSOTIK DIRAMPAS – @PERHILITAN @kpperhilitan

JOHOR BAHRU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menyerbu sebuah kedai haiwan peliharaan kerana disyaki menyimpan haiwan unggas liar di Kota Masai, semalam.

Dalam operasi jam 5.30 petang itu, sebanyak 22 spesies hidupan liar hidup dirampas dan pemilik premis berusia 34 tahun turut ditahan untuk mengambil keterangan.

Menurut Perhilitan Johor, kesemua barang kes yang dianggar bernilai RM13,800 telah dirampas untuk siasatan lanjut.

“Pemilik premis tersebut tidak mempunyai apa-apa surat kebenaran untuk menyimpan hidupan liar tersebut daripada Perhilitan.

“Untuk makluman, premis ini pernah diserbu pada awal tahun ini atas kesalahan yang sama dan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara hidupan liar dirampas ialah 15 ekor burung murai batu, burung Hwamei (2), burung serindit (2), ayam hutan (3) termasuk 16 sangkar buluh dan tiga sangkar besi.

Satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Akta 716. – JT

(Visited 17 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0