https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/06/111-22.jpg
in

15 MAT REMPIT DITAHAN, TUNJUK AKSI BERBAHAYA

15 MAT REMPIT DITAHAN, TUNJUK AKSI BERBAHAYA

BATU PAHAT – Polis menahan 15 mat rempit atas pelbagai kesalahan dalam Ops Motosikal di Parit Bakong, Senggarang, di sini semalam.

Operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat itu ilakukan pada jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, operasi dijalankan selepas menerima aduan awam terhadap penunggang motosikal melakukan pelbagai kesalahan dan berlumba di Parit Bakong.

“Aktiviti itu sekali gus mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan penduduk di kawasan tersebut.

“Polis berjaya menahan 15 remaja berumur antara 16 hingga 21 tahun. Dua daripada mereka ditangkap di bawah Seksyen 42 Akta 
Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987, iaitu menunggang secara melulu dan berbahaya sehingga membahayakan diri dan orang lain,” 
katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Seorang daripadanya turut disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana enggan memberikan kerjasama semasa diperiksa dan 
cuba melarikan diri serta menggilis kaki seorang anggota polis.

Sebanyak 58 saman dikeluarkan terhadap mereka atas pelbagai kesalahan. – VOICE

(Visited 48 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0