https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/05/111-1.jpg
in

WANITA EDAR ARAK SELUDUP DITAHAN

WANITA EDAR ARAK SELUDUP DITAHAN

JOHOR BAHRU – Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang wanita kerana memiliki 70 karton serta 645 botol arak pelbagai jenama yang tiada cukai kastam di sebuah premis di Taman Desa Jaya, di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 10 pagi itu, turut dirampas sebuah kenderaan jenis Nissan Almera yang dipercayai digunakan sindiket berkenaan bagi mengedar minuman keras itu.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, suspek wanita yang ditahan itu berusia 28 tahun.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM127,000.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Seri Alam untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Dimin menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban. – VOICE

(Visited 12 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0