https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/05/111-28.jpg
in

@utm_my DIKENAKAN PKPD

@utm_my DIKENAKAN PKPD

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor bermula Jumaat ini hingga 3 Jun.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD selama 14 hari itu dilaksanakan berikutan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan penularan kes COVID-19 di sekurang-kurangnya empat kolej kediaman serta pusat kesihatan universiti itu.

Bagi menyekat penularan wabak itu, beliau berkata, PKPD itu dilaksanakan bagi membolehkan pengesanan kes lebih pantas, sekali gus mengelak jangkitan menular ke kawasan luar.

“Sehingga kini, sebanyak 49 kes positif COVID-19 direkodkan hasil daripada 346 ujian saringan dijalankan KKM, membabitkan penghuni Kolej Datin Seri Endon, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Tun Dr Ismail, Kolej 9 dan 10 serta Pusat Kesihatan.

“KKM juga melaporkan kadar positif yang tinggi iaitu 14.2 peratus serta taburan kes positif serta kontak rapat menular di beberapa kolej lain.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di UTM Skudai, Johor berkuat kuasa 21 Mei sehingga 3 Jun 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini bagi memudahkan KKM menjalan pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta menyekat penularan jangkitan ke kawasan luar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – BH

(Visited 20 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0