in

STATUS @CTNurhaliza11 UNDANG KECAMAN LAGI?

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/05/111-5.jpg

STATUS SITI UNDANG KECAMAN LAGI?

PETALING JAYA – Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi kecaman netizen selepas bertindak memuat naik status dalam InstaStory miliknya semalam.

Menerusi status tersebut, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 42, meluahkan sepatutnya berasa gembira apabila ditimpa dugaan namun berlaku sebaliknya.

Difahamkan, status itu dimuat naik Siti merujuk kepada situasi yang sedang hangat diperkatakan netizen terhadap keluarganya kini.
“Alhamdulillah, saya patut tengah seronok ni, kumpul pahala banyak-banyak sepuluh malam terakhir ni.

“Kata Ustaz bila berhadapan dengan dugaan ini. Dapat pahala free (percuma) berganda-ganda pula itu. Alhamdulillah,” tulisnya.

Rentetan itu, segelintir netizen dalam laman Twitter meluahkan rasa kecewa dan mempertikaikan tindakan Siti yang berkongsi status berkenaan.

Menurut mereka, selepas memuat naik kenyataan rasmi dalam media sosialnya mengenai isu tahnik tersebut, Siti tidak seharusnya berkongsi sebarang perkara berkaitan kerana kelak menganggu sensitiviti orang ramai.

“Ya. Macam boleh je dia diam lepas keluar statement (kenyataan). Lama-lama orang lupa lah,” tulis seorang pengguna Twitter.

Pada masa sama, tidak kurang juga ada yang bertindak mempertahankan Siti daripada terus dikecam dan memohon kepada orang ramai agar tidak menyalahkan penyanyi itu serta memberi ruang kepadanya dan keluarga.

Sejak beberapa hari lalu, pelantun lagu Anakanda itu dan keluarga menjadi perhatian netizen berikutan isu menjemput seorang pendakwah terkenal dari negeri lain ke majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa.

Siti tampil menepis dakwaan tersebut dan menyatakan pendakwah itu bersetuju untuk hadir kerana secara kebetulan dia turut berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Beritahunya lagi, majlis yang diadakan juga mematuhi syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana menghadkan jumlah tetamu pada satu-satu masa. – K! ONLINE

(Visited 50 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0