https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/05/111.jpg
in

RM15,000 LESAP GUNA APLIKASI PEMBAYARAN ONLINE

RM15,000 LESAP GUNA APLIKASI PEMBAYARAN ONLINE

JOHOR BAHRU – Seorang peniaga wanita hilang wang simpanannya sebanyak RM15, 000 selepas memuat turun sebuah aplikasi pembayaran dalam talian pada telefon pintarnya pada 27 Mac lalu.

Mangsa, Nang Ah Wa, 40, mendakwa, aplikasi terbabit dikenali sebagai RF Reload yang diterimanya daripada platform Facebook Massenger untuk kegunaannya bagi membayar bil elektrik dan air.

Selepas mendaftar dengan mengisi butiran yang dikehendaki dalam aplikasi terbabit, wanita itu cuba membuat pembayaran bil elektrik dan air namun gagal.

“Tiga jam kemudian saya menerima notis pemberitahuan pada aplikasi itu berlaku satu pembayaran.

“Apabila memeriksa duit dalam akaun bank saya, mendapati duit RM10,000 telah hilang, beberapa minit kemudian RM5,000 pula hilang,” katanya dalam sidang media di Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Bahagian Pasir Gudang, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Biro terbabit, Ang Tun Chiek,.

Menyedari kehilangan duit wang simpanannya sebanyak RM10,000, Ah Wa terus menghubungi pihak bank bertanyakan kes itu, namun bank memaklumkan transaksi terbabit adalah sah.

Dalam pada itu, Tun Chiek memberitahu, kes wanita terbabit adalah kes scam terbaharu menipu mangsa dengan menggunakan aplikasi dalam talian telefon bimbit.

“Kami telah melakukan penjejakan transaksi wang mangsa dan mendapati duit itu dipindahkan ke akaun sebuah syarikat.

“Apabila kami menghubungi syarikat itu untuk mendapatkan butiran transaksi, mereka tidak mahu membantu, saya harap polis boleh siasat,” ujarnya.

Selain laporan polis dibuat, kes mangsa telah dibawa ke Tribunal Pengguna dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia namun ditolak kerana tiada undang-undang berkaitan aplikasi tipu ketika ini. – JT

(Visited 15 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0