https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/05/111-40.jpg
in

RM1.3 JUTA ARAK GUNA CUKAI KASTAM PALSU DIRAMPAS

RM1.3 JUTA ARAK GUNA CUKAI KASTAM PALSU DIRAMPAS 

BATU PAHAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 6 Bakri melumpuhkan satu sindiket penjualan arak menggunakan setem cukai kastam palsu di Taman Bandar Cahaya Baru, Yong Peng, dekat sini 25 Mei lalu.

Pegawai Pemerintah Superintenden Rozasin Ramlan berkata, serbuan yang dilakukan di sebuah stor simpanan syarikat menjual arak pada pukul 10.15 pagi itu membabitkan rampasan bernilai RM1.3 juta.

“Menerusi serbuan itu yang dilakukan selepas risikan selama dua minggu, seorang penjaga stor, 41, yang merupakan lelaki tempatan turut ditahan untuk membantu siasatan.

“Sindiket ini dipercayai aktif mengedar arak terbabit di daerah ini dan kawasan sekitar,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di sini hari ini.

Katanya, polis sedang memburu ahli sindiket yang masih bebas dan kes disiasat menurut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, Rozasin berkata, bermula Januari hingga 26 Mei tahun ini, pihaknya melakukan 10 serbuan melibatkan keseluruhan rampasan bernilai RM4.6 juta.

Jelasnya, serbuan tersebut melibatkan cubaan menyeludup rokok, arak, dadah, mercun dan kenderaan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. – JT 

(Visited 6 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0