https://www.facebook.com/hashtag/covid19?__eep__=6&__tn__=*NK*F
in

RAKYAT MALAYSIA PERLU ILTIZAM KALAHKAN #COVID19

RAKYAT MALAYSIA PERLU ILTIZAM KALAHKAN #COVID19

JOHOR BAHRU – Rakyat Malaysia diminta mengemblengkan iltizam untuk menyelamatkan tanah air daripada terus dikalahkan oleh virus COViD-19 dengan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersungguh-sungguh. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, wabak berkenaan nampaknya semakin menggila apabila dari sehari ke sehari, semakin meningkat jumlah yang terkorban dan terjangkit. 

Beberapa minggu kebelakangan ini, ramai sahabat beliau telah kembali ke rahmatullah kerana komplikasi COVID-19.

“Saya berasa amat terkesan kerana tidak dapat menziarahi mereka di kala sakit apa lagi bila meninggal dunia.

“Sukar dibayangkan betapa dalam nestapa keluarga mereka, kita hanya mampu menitip doa dari kejauhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kerajaan telah sedaya upaya melakukan yang termampu dalam segala kelebihan dan kekurangan yang ada dalam menangani wabak berkenaan. 

“Sekarang kita mesti melakukan ikhtiar kita, dalam kudrat dan kemampuan kita untuk mengelakkan diri daripada terjangkit dan akhirnya menjangkiti orang lain,” ujarnya. – JT

(Visited 6 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0