https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/05/111-9.jpg
in

PKP DI KLUANG MULAI SELASA

PKP DI KLUANG MULAI SELASA

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Kluang, Johor bagi tempoh 14 hari mulai lusa selepas daerah terbabit merekodkan 512 kes positif COVID-19 daripada 3,867 ujian saringan yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) sejak 4 Mei lalu hingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata KKM juga melaporkan terdapat empat kluster aktif di daerah itu, selain kadar positif adalah 13 peratus manakala kadar insiden semakin meningkat di beberapa perkampungan dan taman perumahan.

“Selepas meneliti pembentangan, cadangan dan nasihat daripada KKM serta penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di daerah Kluang, Johor berkuat kuasa 11 Mei hingga 24 Mei 2021.

“PKP ini menyaksikan pergerakan rentas negeri dan daerah adalah tidak dibenarkan dan prosedur operasi standard (SOP) di lokaliti terbabit adalah sama seperti kawasan dikenakan arahan berkenaan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKP itu dilaksanakan bagi menyekat pergerakan, terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah berikutan kluster tertinggi dilaporkan adalah daripada komuniti.

“Ini adalah untuk mengelakkan penularan kes disebabkan aktiviti berkumpul serta majlis sosial,” katanya.

(Visited 11 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0