https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/05/111-24.jpg
in

PENGEMBARA DARI SINGAPURA WAJIB KUARANTIN 2 MINGGU

PENGEMBARA DARI SINGAPURA WAJIB KUARANTIN 2 MINGGU

JOHOR BAHRU – Bermula 13 Mei lalu semua pengembara yang tiba dari Singapura diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari di stesen kuarantin di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, peraturan sama bagi pengembara yang masuk ke Malaysia dari Singapura menggunakan skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).

“Skim peraturan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) RGL Malaysia-Singapura adalah digantung buat sementara waktu di peringkat Malaysia bermula 13 Mei lalu. Pengembara dari Singapura yang ingin memasuki Malaysia bagi tujuan perniagaan perlulah menggunakan saluran One Stop Centre (OSC) yang disediakan pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Permohonan adalah menerusi Sistem MyEntry milik Jabatan Imigresen Malaysia. Mana-mana pengembara yang masuk melalui OSC boleh diberikan pengecualian dari menjalani tempoh kuarantin wajib dengan beberapa syarat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Antaranya, tempoh tinggal di Malaysia tidak melebihi 14 hari dan telah menjalani ujian PCR Covid-19 dengan keputusan negatif tiga hari sebelum berlepas ke Malaysia dan semasa ketibaan di Malaysia.

“Lawatan adalah berdasarkan jadual program terkawal (controlled itinerary), patuh prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 sepanjang keberadaan di Malaysia,” katanya.

Mereka tidak dibenarkan menggunakan pengangkutan awam dan pegawai pengiring khas pihak MIDA atau penaja perlu ditugaskan bagi mengiringi pengembara tersebut sepanjang di Malaysia dan memastikan tiada pergerakan luar daripada jadual program.

Sementara itu, beliau berkata, Johor mencatatkan penularan dalam komuniti dan perindustrian merekodkan jumlah kluster kumulatif aktif tertinggi ketika ini, masing-masing mencatatkan 28 dan 22 kluster.

Menurutnya, sebanyak 407 kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga semalam menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 51,217 kes.

“Jumlah kumulatif kluster aktif pula sebanyak 72 kluster. Selain sektor perindustrian dan komuniti, penularan dalam kluster turut melibatkan institusi (16), pasar raya (2) dan tahanan (4),” katanya.

Terdapat empat kluster baharu, iaitu Kluster Jalan Petaling Industri, Kluster Jalan Besi Satu, Kluster Jalan Bukit Mutiara dan Kluster Jalan Sri Putri Empat. – JT

(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0