in

PADAH TUNJUK AKSI ‘MEREMPIT’ DALAM MEDIA SOSIAL

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/05/111-25.jpg

PADAH TUNJUK AKSI ‘MEREMPIT’ DALAM MEDIA SOSIAL

JOHOR BAHRU – Aksi berbahaya sekumpulan mat rempit menunggang motosikal berkonvoi secara berbahaya dan memuat naik video lagak mereka dalam media sosial membawa padah apabila dua daripada mereka ditahan polis semalam. 

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Raub Selamat berkata, pihaknya telah menahan dua individu membabitkan seorang penunggang motosikal dan pemilik akaun laman sosial terbabit dalam video berkenaan. 

Katanya, satu video viral aksi puluhan mat rempit menunggang motosikal secara berbahaya telah dimuat naik dalam laman sosial Instagram dengan tajuk ‘Selamat Hari Raya Segamat Town’ berdurasi 1.19 minit pada Isnin lalu.

“Hasil risikan dan maklumat, polis telah mengesan dan menahan seorang lelaki yang melakukan aksi menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dalam keadaan berbahaya. 

“Polis juga menahan pemilik akaun Instagram tersebut, yang menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX-5 pada masa kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut Raub, motosikal yang digunakan oleh kedua-dua suspek pada masa kejadian telah disita. 

Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42(1) APJ. 1987, iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Dalam video viral tersebut memaparkan puluhan mat rempit menunggang motosikal secara berbahaya di sekitar Bandar Segamat dan Jalan Muar – Segamat seperti menunggang motosikal sambil mengangkat tayar hadapan (wheelie), melakukan aksi Superman, zig-zag dengan mencelah-celah di antara kenderaan lain malah turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain. – JT

(Visited 45 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0