https://www.facebook.com/hashtag/covid19?__eep__=6&__tn__=*NK*F
in

MUFTI PERAK, ISTERI POSITIF #COVID19

MUFTI PERAK, ISTERI POSITIF #COVID19

IPOH: Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad, mengesahkan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dan isterinya yang disahkan positif COVID-19, masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Beliau berkata, pihaknya sebelum ini mendapat pengesahan berhubung perkara itu daripada Jabatan Mufti Perak melalui Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.

“Kita sudah mendapat makluman sebelum raya lagi yang Harussani dan isteri mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat jangkitan pandemik.

“Kita mendoakan mufti dan isterinya cepat sembuh,” katanya pada sidang media secara maya melalui aplikasi Zoom selepas mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Beliau mengulas mesej tular menerusi WhatsApp berkenaan Harussani yang dijangkiti wabak itu sejak 11 Mei lalu dan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas, namun keadaan beliau masih sedar.

Sementara itu, Zamri ketika dihubungi melalui WhatsApp, mengesahkan perkara itu selain meminta semua pihak mendoakan kesembuhan Harussani

“Saya hanya boleh sahkan beliau (Harussani) masih dirawat di HRPB. Berkenaan (dakwaan) beliau memerlukan bantuan oksigen dan sebagainya, itu perlu dirujuk kepada ahli keluarganya,” katanya. – BH

(Visited 21 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0