https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/05/111-26.jpg
in

@mbjbcitycouncil AMBIL TINDAKAN KEDAI KAK SITI AYAM PENYET

@mbjbcitycouncil AMBIL TINDAKAN KEDAI KAK SITI AYAM PENYET

JOHOR BAHRU – Pemilik kedai Kak Siti Ayam Penyet yang menimbulkan kekeliruan pengguna Muslim apabila diusahakan oleh orang bukan Islam telah diberi notis amaran oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). 

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memaklumkan, pihaknya mengambil tindakan segera menerusi aduan awam setelah kedai terbabit menjadi viral di media sosial semalam. 

Susulan aduan tersebut, MBJB telah menjalankan siasatan dan mendapati sepasang suami isteri menjalankan aktiviti perniagaan pelbagai jenis makanan di sebuah rumah di Johor Jaya dengan menggunakan aplikasi pemesanan makanan atas talian. 

“Siasatan turut mendapati peniaga tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah dari MBJB dan menggunakan nama perniagaan yang boleh mengelirukan para pembeli. 

“Sehubungan itu, MBJB telah mengeluarkan satu notis amaran kepada peniaga tersebut di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MBJB) 2010 kerana telah menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah daripada MBJB,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Dalam operasi terbabit juga MBJB telah mengarahkan perniagaannya ditutup serta-merta dan mengemas barang-barang perniagaan berkaitan.

MBJB juga memanjangkan aduan serta laporan siasatan yang dijalankan kepada agensi bertanggungjawab seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Suruhanhaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tindakan susulan.

The VOICE semalam, melaporkan sebuah kedai Kak Siti Ayam Penyet dalam talian yang menjadi viral selepas pengusahanya dipercayai bukan muslim sehingga menimbul kekeliruan kepada pengguna Islam telah menutup operasinya semalam. .

Pengusahanya, lelaki berusia 40an tahun ketika ditemui, enggan mengulas lanjut mengenai premisnya menjadi viral dan dia menjelaskan tidak akan berniaga lagi. – JT

(Visited 16 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0