https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/05/111-10.jpg
in

@MAQISMALAYSIA TAHAN 2 KONTENA BAWA PINE WOOD DARI AUSTRALIA

@MAQISMALAYSIA TAHAN 2 KONTENA BAWA PINE WOOD DARI AUSTRALIA


ISKANDAR PUTERI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas dua kontena membawa pinus radiata sawn timber (pine wood) dari Australia di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini kelmarin.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, hasil pemeriksaan rutin dijalankan Pegawai Penguat Kuasa Maqis di PTP pada pukul 10 pagi mendapati, kontena tersebut membawa masuk 255.020 tan metrik kayu yang siap bergergaji.

“Hasil pemeriksan lanjut yang dijalankan mendapati pinus radiata sawn timber yang dianggarkan bernilai RM297,187 dibawa masuk menggunakan permit import yang telah digunakan.

“Kesemua pinus radiata sawn timber tersebut telah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengimport tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta itu.

Jika sabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak lebih RM150,000 atau di penjarakan tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya. – JT

(Visited 15 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0