https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/05/111a-2.jpg
in

LRT BERTEMBUNG: PM ARAH SIASAT SEGERA, KENAL PASTI PUNCA

LRT BERTEMBUNG: PM ARAH SIASAT SEGERA, KENAL PASTI PUNCA

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan siasatan penuh dilakukan untuk mengenal pasti punca kemalangan membabitkan perlanggaran dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang menyebabkan 47 penumpang cedera parah, hari ini.

Perdana Menteri berkata, Kementerian Pengangkutan dan pihak Prasarana Malaysia Berhad sudah diarah melakukan siasatan penuh untuk mengenal pasti punca kemalangan serta mengambil tindakan tegas dengan segera.

“Keutamaan harus diberi kepada mangsa kemalangan.

“Saya sudah mengarahkan semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan mangsa mendapat rawatan menyeluruh memandangkan kita juga berada dalam gelombang pandemik #COVID19 yang meningkat naik,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, malam tadi.

Beliau turut berdoa supaya kerja menyelamat mangsa dipermudahkan dan mereka yang cedera diarah diberi rawatan segera.

“Saya difahamkan petugas keselamatan dan kecemasan sedang berada di tempat kejadian.

“Semoga kerja-kerja penyelamatan dipermudah dan penumpang terbabit selamat, manakala mereka yang cedera diberikan rawatan segera,” katanya.

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0