https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/05/111-12.jpg
in

‘LOCKDOWN’ ATASI KEGAWATAN #COVID19 – @nordin_khaled

‘LOCKDOWN’ ATASI KEGAWATAN #COVID19 – @nordin_khaled

JOHOR BAHRU – Malaysia mesti segera melaksanakan ‘lockdown’ bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang kini dilihat dalam keadaan gawat. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia tidak boleh lagi teragak-agak dengan arahan yang mengelirukan.

“Negara sekali lagi berada dalam keadaan yang gawat kerana jangkitan COVID-19 yang menaik. Data jelas menunjukkan bahawa berlaku pengurangan jangkitan melalui kluster, tetapi pertambahan kes melalui ‘sporadic infection’. Ini bermakna kes jangkitan dalam komuniti telah menular dengan pantas.

“‘Lockdown’ perlu dilakukan. Apalagi bila protokol kesihatan tidak lagi berkesan kerana rakyat telah mula menunjukkan sindrom keletihan terhadap prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, negara maju terus mengambil pendekatan drastik seperti ‘lockdown’ walaupun mereka mempunyai kebitaraan unggul dalam mengumpul dan memahami data.

Ini kerana membataskan pergerakan manusia adalah jalan terbaik untuk memutuskan rangkaian wabak tesebut, katanya.

Menurutnya, rakyat Malaysia tidak kira orang kenamaan, politik mahupun rakyat mesti berkorban dan melupakan segala bentuk kunjungan Hari Raya walaupun dalam daerah yang sama bagi mengelakkan jangkitan.

“Ingatlah dengan proses vaksinasi yang perlahan, kemampuan kemudahan perubatan telah berada pada tahap maksimum dan petugas kesihatan semakin tertekan, Malaysia berada pada fasa kritikal dalam menanggani wabak ini.

“Semua sektor ekonomi mesti memberi laluan kepada ‘darurat kesihatan’ ini. Kerajaan juga mesti mempertingkatkan kebolehgunaan fungsi MySejahtera bagi memastikannya menjadi aplikasi yang rakyat Malaysia perlukan pada setiap saat dan ketika bagi menjaga keselamatan diri mereka,” katanya. – JT

(Visited 17 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0