in

LELAKI MAUT TERSEPIT DALAM KEMALANGAN

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/05/111-41.jpg

LELAKI MAUT TERSEPIT DALAM KEMALANGAN

KLUANG – Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam Proton Exora yang dipandunya dalam kemalangan di Jalan Parit Ismail, Simpang Renggam dekat sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 9.53 pagi itu melibatkan mangsa, M. Sasitaran, 25, dan sebuah lori jenis Hino dipandu Rahmat Kamsan, 39.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Ismail Rahmat berkata, seramai tujuh anggota dan sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Terdapat seorang mangsa cedera dan tersepit di tempat duduk pemandu Proton Exora, manakala pemandu lori Hino dalam keadaan selamat.

“Pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas. Bomba berjaya mengeluarkan mangsa tersepit namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 10.41 pagi. – JT

(Visited 29 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0