https://www.facebook.com/hashtag/covid19?__eep__=6&__tn__=*NK*F
in

JOHOR RANCANG PAKEJ EKONOMI 3.0 MENDEPANI #COVID19 – @HASNI_JOHOR

JOHOR RANCANG PAKEJ EKONOMI 3.0 MENDEPANI #COVID19

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri sedang merancang untuk pemberian pakej rangsangan ekonomi 3.0 dan berbagai insentif lain untuk menghadapi wabak COVID-19. 

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohamad berkata, pemberian bantuan itu antara hasil perbincangan secara maya bersama-sama Ahli-Ahli Yang Berhormat Johor berkaitan kebajikan rakyat Johor hari ini. 

Selain itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi pemberian Bakul Makanan. 

“Dalam memastikan proses vaksinasi dilaksanakan dengan cepat, selamat dan efektif, kerajaan negeri sedang berusaha mendapatkan bekalan vaksin sendiri seperti membeli dari Singapura,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Pelbagai inisiatif dan bantuan telah pun diberikan kepada golongan yang terkesan dan usaha itu akan terus diperkasakan.

Pengurusan pandemik adalah satu cabaran yang besar dan pandangan serta penglibatan semua pihak termasuk wakil rakyat amat dialu-alukan dalam memastikan kemakmuran negeri ini.

“Bagi tujuan itu, kerajaan negeri bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM50,000 kepada semua wakil rakyat,” ujarnya. 

Menerusi perbincangan itu, semua wakil rakyat juga sepakat dan menyokong cadangan untuk memperkasakan peranan Pegawai Daerah, Pentadbir Tanah Daerah dan Yang Dipertua Majlis Daerah dalam usaha menangani pandemik COVID-19, khususnya dalam aspek penguatkuasaan.

“Saya menyeru semua wakil rakyat menggandakan keupayaan dan inisiatif bagi memerangi COVID-19 di kawasan masing-masing demi kebaikan rakyat, tatkala mereka sedang mengharapkan bantuan dan pembelaan,” katanya. – JT

(Visited 42 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0