in

JOHOR BENARKAN BAZAR RAMADAN, AIDILFITRI

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/05/111-4.jpg

JOHOR BENARKAN BAZAR RAMADAN, AIDILFITRI

JOHOR BAHRU – Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di tiga daerah di negeri ini, namun kerajaan negeri tetap membenarkan penganjuran Bazar Ramadan dan Aidilfitri di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil berkata, bazar Ramadan di tiga daerah tersebut, iaitu Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi dibenarkan beroperasi mulai pukul 3 petang hingga 8 malam dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Pengoperasian Bazar Aidilfitri juga dibenarkan dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan pelaksanaan SOP yang ketat. (Sebagaimana SOP Am PKP yang dikemas kini 5 Mei 2021 oleh pihak Majlis Keselamatan Negara),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit berkata, bagi daerah lain yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), operasi Bazar Ramadan dibenarkan dari pukul 3 petang hingga 8 malam dengan pelaksanaan SOP yang ketat.

“Pengoperasian Bazar Aidilfitri juga dibenarkan mulai pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam dengan pelaksanaan SOP yang ketat,” katanya.

Menurutnya, sebarang perubahan atau pindaan terkini oleh kerajaan negeri berkaitan perkara berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semalam, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tiga daerah di Johor, iaitu Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi dikenakan perintah PKP mulai esok, 7 hingga 20 Mei ini. – JT

(Visited 21 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0