https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/05/111-7.jpg
in

AGONG, RAJA PERMAISURI MASAK BUBUR LAMBUK UNTUK PETUGAS BARISAN HADAPAN

AGONG, RAJA PERMAISURI MASAK BUBUR LAMBUK UNTUK PETUGAS BARISAN HADAPAN

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Program Memasak Bubur Lambuk anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN), hari ini.

Menurut kenyataan Istana Negara di laman sosial Facebook, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli berangkat ke program itu.

“Program ini turut melibatkan pegawai dan kakitangan Istana Negara yang diadakan di pekarangan surau utama Istana Negara.

“Masakan bubur sentuhan air tangan baginda berdua akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan di sekitar Kuala Lumpur,” katanya hari ini.

Turut berangkat ke program tersebut ialah Tengku Puteri Raja, Tengku Afzan Aminah Hafidzatullah. -K! ONLINE

(Visited 16 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0