https://www.facebook.com/hashtag/covid19?__eep__=6&__cft__%5B0%5D=AZWcq7AZg5VVOi-04SeNR0sd6xpRNyCFWS8-Hksh3vbM5iP0k3WaVCJHq1Orx8-paRGQdSUyPT2PNGDTpfpEokskXwwXfMZPHm3tGfHYJdipHj05QcVAk9oA5h0uQ8oVOQE605G6pAMLTD7F9TBaw9fftyLTjeUzE5xjmLSuBKgEm_H9nHTllWeYsWagS46I13M&__tn__=*NK-R
in

6 AJK MASJID, SURAU POSITIF #COVID19

6 AJK MASJID, SURAU POSITIF #COVID19

Foto: hiasanJOHOR BAHRU – Enam daripada 323 ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di daerah ini positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, tindakan pengesanan kontak dan kawalan sedang dijalankan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.

Katanya, mereka dikesan positif selepas pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menjalankan survelans ke atas AJK masjid dan surau di negeri ini yang bermula kelmarin.

“Proses itu dimulakan di daerah ini bertempat di Masjid At- Taqwa, Taman Kota Masai dan Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti.

“Sejumlah 75 petugas kesihatan yang terlibat dalam saringan pada hari ini melibatkan anggota Kesihatan dari Pejabat KesihatanDaerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Segamat, Pontian dan Tangkak.

“Hasil survelans tersebut, seramai 323 AJK masjid dan surau di Johor Bahru yang hadir.

Enam kes dikesan positif manakala 233 negatif dan 84 orang masih menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi kes positif, tindakan pengesanan kontak dan kawalan sedang dijalankan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, hingga semalam terdapat dua lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang sedang dilaksanakan di Johor, iaitu di Felda Kahang Timur, Kluang dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kulai.

Di Felda Kahang Timur hingga semalam 1,076 orang disaring dengan 119 kes positif yang berjaya dikesan, manakala di UTM Skudai seramai 1,226 disaring dengan 55 kes positif dikesan setakat ini. – JT

(Visited 12 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0