in

17 DIKOMPAUN HADIR UPACARA PENGKEBUMIAN

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/05/111-37.jpg

17 DIKOMPAUN HADIR UPACARA PENGKEBUMIAN

JOHOR BAHRU – Seramai 16 ahli keluarga dan seorang pengurus pusat pengkebumian dikompaun kerana melanggar arahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan upacara pengkebumian semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, mereka didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa PKP di Jalan Sungai Tiram, Ulu Tiram pada pukul 11 pagi.

Mereka yang berusia antara 18 hingga 86 tahun dikenakan kompaun kerana majlis tersebut diadakan melebihi bilangan ditetapkan, iaitu sepatutnya 10 orang sahaja.

“Polis telah menerima aduan mengatakan terdapat ramai orang berkumpul di Nirvana Memorial Park Sdn. Bhd., di Jalan Sungai Tiram. 

“Pemeriksaan dibuat mendapati terdapat 11 lelaki tempatan dan enam wanita tempatan sedang melakukan upacara pengurusan jenazah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kesemua yang dikenakan kompaun itu terdiri daripada ahli keluarga dan waris si mati selain seorang pengurus premis.

Beliau berkata, tindakan dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Peraturan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Kawasan Tempatan yang Dijangkiti) 2021.

Jika sabit kesalahan, penganjur boleh dikenakan kompaun sebanyak RM10,000, manakala setiap individu dikenakan kompaun RM2,000.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP ditetapkan semasa pelaksanaan PKP ketika ini. – JT

(Visited 13 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0