https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/04/111-14.jpg
in

SEPASANG GAJAH LIAR DITANGKAP DI KEM ISKANDAR

SEPASANG GAJAH LIAR DITANGKAP DI KEM ISKANDAR

MERSING- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap dua ekor gajah liar dipercayai sedang sesat di Kem Iskandar di sini semalam.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, operasi menangkap dua ekor gajah betina dan jantan dalam dua waktu berasingan.

“Gajah betina ditangkap pada pukul 3.15 petang manakala gajah jantan kira-kira 30 minit kemudian.

“Tindakan itu dilakukan selepas menerima aduan orang awam yang bimbang gajah tersebut tersesat ke kawasan Istana Flinstone berhampiran,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, operasi itu diadakan susulan aduan orang awam yang diterima pada sebelah pagi melaporkan tentang sekumpulan gajah anggaran lima hingga 12 ekor berada dalam kawasan hutan belukar berdekatan kuarters kakitangan Kem Iskandar.

Beliau berkata, dikhuatiri kumpulan gajah tersebut tersesat ke kawasan istana tersebut yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan tersebut jika tiada tindakan diambil.

Menurut beliau, pihaknya memaklumkan gajah tersebut telah berada dalam kawasan kem sejak seminggu lalu. 

Tambah beliau, semakan pihak Perhilitan pada pagi tadi mendapati kumpulan gajah itu sudah bergerak masuk ke Hutan Simpan Jemaluang. – JT 

(Visited 14 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0