in

SEORANG LELAKI MAUT KERETA BERTEMBUNG LORI

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/04/111-15.jpg

SEORANG LELAKI MAUT KERETA BERTEMBUNG LORI

KLUANG – Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan kereta dan dua buah lori di Kilometer 86 Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam, dekat sini semalam.

Kemalangan pada pukul 6.30 petang itu mengakibatkan Shahrul Nizam Khamis, 28, yang memandu kereta jenis Proton Persona meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kedua-dua lori itu selamat.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, kedua-dua lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala ke Ayer Hitam manakala kereta itu pula dari arah bertentangan.

“Pemandu kereta dipercayai telah melanggar bahagian belakang sebuah lori dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi lori.

“Akibat pelanggaran itu pemandu kereta berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Mohd. Faizal Rozali berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir. Pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas menyelamat kemalangan jalan raya.

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada pukul 7.08 petang,” katanya. – JT

(Visited 29 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0