https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/04/111-16.jpg
in

RON97 NAIK 4 SEN, RON95, DIESEL KEKAL

RON97 NAIK 4 SEN, RON95, DIESEL KEKAL

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik empat sen seliter, manakala harga runcit RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 22 hingga 28 April ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga baharu petrol RON97 ialah RM2.58 seliter.

Menurut kenyataan itu, harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel meningkat melebihi harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0