https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/04/111-20.jpg
in

RAMPAS MERCUN DALAM LORI

RAMPAS MERCUN DALAM LORI 

JOHOR BAHRU – Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki yang membawa 26 kotak berisi mercun pelbagai jenis di kawasan jeti Jalan Pontian Besar, Pontian malam semalam. 

Dalam operasi jam 10 malam itu, kesemua mercun terbabit ditemukan dalam sebuah lori jenis Isuzu yang digunakan suspek berusia 30 tahun. 

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, anggaran nilai rampasan berjumlah lebih RM111,000.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Pontian untuk tindakan lanjut. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. 

Dimin turut menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban. – JT

(Visited 10 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0