in

PROGRAM VAKSINASI RANCAKKAN SEMULA EKONOMI

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/04/111-1-12.jpg

PROGRAM VAKSINASI RANCAKKAN SEMULA EKONOMI

JOHOR BAHRU – Keperluan penduduk di negeri ini mengambil vaksin COVID-19 amat penting bukan semata-mata untuk kesihatan, malah merancakkan kembali aktiviti ekonomi Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Mohd. Izhar Ahmad berkata, setakat kini sambutan program vaksinasi daripada rakyat Johor masih pada tahap rendah.

Menurutnya, apabila ramai penduduk menyertai program vaksinasi, banyak kegiatan ekonomi dapat dibuka termasuk pintu sempadan dengan Singapura supaya pekerja Malaysia kembali bekerja di negara jiran.

“Kita tidak boleh menafikan impak ekonomi yang tinggi daripada rakyat Singapura yang berbelanja di sini dan penduduk kita mencari nafkah di negara jiran.

“Justeru, pintu sempadan perlu dibuka dengan kadar segera dan kerajaan Singapura hanya akan setuju membukanya apabila ramai penduduk Johor telah divaksinasi,” katanya selepas melancarkan Ode Bazar di Bazar Ramadan Masjid Jamek Bandar Baru Uda, di sini hari ini.

Turut hadir, Panel Syariah Ode Jee, Datuk Dr. Nooh Gadot; Ketua Pegawai Eksekutif Ode Jee, Yusaini Ali dan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd. WahidEkoran itu, kerajaan negeri menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menggerakkan program pendaftaran vaksinasi penduduk melalui aplikasi MySejahtera dengan mengadakan program bersama-sama rakyat.

“Bagi kawasan DUN Larkin, saya sendiri telah merancang membuka lima kaunter untuk membantu orang ramai terutamanya warga emas agar mendaftar program vaksinasi.

“Antara lokasi program tersebut seperti di Larkin, Taman Suria, Bandar Baru Uda, Kampung Melayu Majidee dan Ungku Mohsin,” katanya.

Penduduk boleh ke kaunter yang disediakan di kawasan masing-masing untuk mendapatkan penerangan dan bantuan mengenai program vaksinasi terutamanya bagi warga emas yang tidak mahir menggunakan telefon pintar. – VOICE

(Visited 36 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0