in

PEGUAM ‘ISTANA JOHOR’ KANTOI, AKAN DIDAKWA ESOK

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/04/111-23.jpg

PEGUAM ‘ISTANA JOHOR’ KANTOI, AKAN DIDAKWA ESOK

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan seorang lelaki yang menyamar sebagai peguam Istana Johor dengan menipu sebuah syarikat pengiklanan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM185,000.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek yang berusia 51 tahun ditahan di Kampung Dato’ Onn, di sini pukul 9.40 pagi tadi. 

Menurutnya, tangkapan dilakukan setelah polis menemui bukti baharu dan arahan pendakwaan terhadap suspek yang juga merupakan peguam susulan laporan kes itu pada 31 Mac lalu. 

“Suspek didakwa menyamar sebagai peguam Istana Johor dan telah memperdayakan sebuah syarikat pengiklanan sehingga mengalami kerugian RM185,000.

“Kes itu berkaitan penipuan kadar pemasangan papan iklan di kawasan konsesi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan LinKedua di sini,” katanya dalam sidang media, hari ini. 

Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan di Mahkamah Shah Alam esok kerana kes penipuan itu dilaporkan di Petaling Jaya. 

Menurut Ayob Khan, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai 17 kes lampau berkaitan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan Akta Syarikat. 

Dalam pada itu, polis telah menahan dua ahli perniagaan yang menyamar sebagai Kerabat Diraja Johor bagi melakukan penipuan dalam penawaran projek bersih tanah tidak wujud bernilai RM2.4 juta di Mukim Sekakap, Mersing pada Januari lalu. 

“Kedua-dua suspek telah dituduh di mahkamah pada 9 Januari lalu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sejak kebelakangan ini terdapat pihak tertentu mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan Kerabat Diraja Johor telah melakukan penyamaran dan penipuan.

Sebuhungan itu, orang awam diminta jangan mudah percaya tanpa usul periksa bagi mengelak jadi mangsa penipuan. – JG

(Visited 48 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0