https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/04/111-12.jpg
in

MAT SENTOL SELOROH PETUA KEKAL SIHAT, ‘HANDSOME’

MAT SENTOL SELOROH PETUA KEKAL SIHAT, ‘HANDSOME’

JOHOR BAHRU – “Rahsia saya masih kekal sihat dan ‘handsome’ sebab makan belacan selalu.

“Demikian seloroh bintang legenda, Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya, 88, yang terus mengundang ketawa ahli rombongan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Zaiton Ismail hari ini.

Sambil menambah selorohnya, Mat Sentol memberitahu, orang Melaka terutamanya di Tanjung Kling ramai sihat dan ‘handsome’ kerana selalu makan belacan. Ternyata pada usia yang sudah lanjut itu, Mat Sentol masih sihat dan tetap suka berjenaka untuk membuat orang ketawa apabila datang menemuinya.

“Saya suka berjalan-jalan dan pada bulan Ramadan ini suka pergi bazar untuk mencari kuih tradisional. Saya tak suka makan kek.

“Saya tiada penyakit kencing manis atau darah tinggi, cuma lutut saya tidak kuat untuk berdiri,” katanya.

Dalam lawatan itu, Zaiton turut menyampai sumbangan bakul makanan dan memaklumkan pelawak tersebut akan menerima bantuan bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 mulai Mei ini, ditambah berbanding RM400 sebelum ini.

Pelakon filem Mat Bond dan Mat Tiga Suku itu memberitahu, dia kini tidak membuat sebarang pekerjaan namun lebih gemar menulis skrip lakonan.

“Saya suka buat skrip cerita lawak dan apabila siap saya akan memberi kepada ejen,” katanyaMat Sentul juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang memberi bantuan kepadanya dan sempat mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan Aidilfitri kepada pihak media.

Sementara itu, anak lelaki yang menjaga Mat Sentol, Roslee Rashid, 51, memberitahu, bapanya seorang yang sihat dan kuat makan.

Dia selalu menyediakan makanan berkhasiat yang memerlukan perbelanjaan besar selain menguruskan bapanya agar sentiasa sihat.

“Cuma lutut bapa saya sudah tidak kuat yang menyebabkan dia sukar untuk berdiri,” ujarnya.

Mat Sentol mempunyai lima orang anak lelaki dan 14 cucu. – VOICE

(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0